Judul : Tajuddin membela diri... nafi bersikap perkauman
link : Tajuddin membela diri... nafi bersikap perkauman
Tajuddin membela diri... nafi bersikap perkauman
Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menafikan beliau bersifat perkauman sebaliknya menjelaskan tuduhan itu dimulakan pembangkang dengan disokong media sosial.
Beliau yang juga Ketua UMNO bahagian Pasir Salak berkata sebagai seorang ahli Parlimen, beliau tidak pernah membezakan ataupun mengamalkan diskriminasi terhadap mana-mana kaum.
Tajuddin menjelaskan beliau melayan semua penduduk dalam kawasan Parlimennya tanpa mengira bangsa malah penduduk di kawasan Pasir Salak sudah mengenali dirinya.
Pun begitu beliau berkata terdapat segelintir pihak terutamanya parti lawan berusaha sedaya upaya cuba menonjolkan imejnya sebagai individu yang bersikap perkauman.
Katanya “media sosial dan media juga memainkan isu ini... hakikatnya tidak benar. Tanyalah kepada orang-orang tempatan menenai saya kerana kami sentiasa mengadakan hubungan baik.”
Dalam konteks ini Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani itu yakin masyarakat Cina di kawasan itu akan terus memberikannya sokongan berasaskan sokongan pengundi Cina dalam pilihanraya umum lalu dimana hampir 30 peratus daripada mereka mengundinya.
Walaupun demikian katanya pihak pembangkang gagal meracuni pemikiran pengundi di kawasannya. Isu dengan menuduh beliau sebagai rasis ternyata gagal melekat di hati pengundi Cina.
Tajuddin membela diri... nafi bersikap perkauman
Sekianlah artikel Tajuddin membela diri... nafi bersikap perkauman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Tajuddin membela diri... nafi bersikap perkauman linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/tajuddin-membela-diri-nafi-bersikap.html
0 Response to "Tajuddin membela diri... nafi bersikap perkauman"
Posting Komentar