Judul : SPRM Buat Kejutan Lagi
link : SPRM Buat Kejutan Lagi
SPRM Buat Kejutan Lagi
SPRM Buat Kejutan Lagi. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor hari ini menyita 4 lot tanah, sebuah kenderaan mewah serta barangan kemas dan jam mewah milik pengarah agensi kerajaan yang ditahan semalam.
Menurut sumber, badan pencegahan rasuah itu juga membekukan akaun bank dan pelaburan milik pengarah serta anak-anaknya dengan jumlah simpanan keseluruhan RM850,000.
SPRM Buat Kejutan Lagi. Pada masa sama, SPRM Selangor mengenal pasti 6 rumah bernilai RM3.3 juta yang terletak di Selangor, Putrajaya dan Negeri Sembilan untuk disita, katanya.
Mengenai lot tanah yang disita, sumber itu berkata 3 lot terletak di Kedah dan satu lagi di Selangor dengan nilainya masih dalam proses anggaran.
“Selain sebuah Toyota Alphard, SPRM Selangor turut merampas 2 utas jam tangan berjenama Orient dan Chopard, seutas gelang emas, seutas rantai emas dan sebentuk cincin emas dalam operasi yang dijalankan di kediaman dan pejabat suspek serta beberapa lokasi lain hari ini,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Wan Ramli Wan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan maklumat tersebut.
SPRM Buat Kejutan Lagi
Beliau juga berkata pihaknya sedang menyiasat dengan lebih terperinci bagi mengenal pasti harta lain milik suspek yang mungkin diperoleh melalui rasuah.
Pengarah berumur 54 tahun itu yang ditahan di sebuah hotel di Bagan Lalang, Sepang, Selangor tengah hari semalam, direman selama 7 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Dia disiasat kerana disyaki menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya bagi menganugerahkan projek membekalkan peralatan untuk agensinya kepada beberapa kontraktor berkepentingan.
Isterinya yang berusia 36 tahun yang turut ditahan semalam bagaimanapun dibebaskan hari ini selepas keterangannya direkodkan.
SPRM Buat Kejutan Lagi
Selain itu, SPRM turut menahan 2 pemilik syarikat yang dipercayai menerima kontrak daripada pengarah tersebut, masing-masing di Alor Setar dan Shah Alam, dan kedua-dua mereka juga direman 7 hari bagi membantu siasatan. - fmt
Iklan
SPRM Buat Kejutan Lagi
Sekianlah artikel SPRM Buat Kejutan Lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca SPRM Buat Kejutan Lagi linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/sprm-buat-kejutan-lagi.html
0 Response to "SPRM Buat Kejutan Lagi"
Posting Komentar