Judul : Skuad Tok Gajah "Belasah" Sang Kancil Di Melaka (Video Highlight)
link : Skuad Tok Gajah "Belasah" Sang Kancil Di Melaka (Video Highlight)
Skuad Tok Gajah "Belasah" Sang Kancil Di Melaka (Video Highlight)
MELAKA: Melaka United gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila tewas 1-3 kepada Pahang dalam perlawanan Liga Super di Stadium Hang Jebat di sini tadi.
Permulaan perlawanan, skuad Tok Gajah mengawal permainan dengan beberapa kali melakukan asakan berbahaya ke kawasan tuan rumah menerusi Sumareh Mohamadou, Matheus Leandro, Heo Jaewon dan Ashari Samsudin.
Tuan rumah dikejutkan oleh gol pertama pasukan lawan hasil jaringan Joseph Kalang pada minit ke-21 yang tenang menyumbat bola dalam kotak penalti menewaskan Fazli Paat.
Tidak berputus asa, Sang Kancil cuba bangkit mengatur gerakan menerusi Amri Yahyah yang diturunkan sebagai ketua pasukan, R. Surendran selain percubaan jarak jauh daripada pemain import Korea Selatan, Jeon Woo Young.
Pahang terus memberi tekanan kepada tuan rumah apabila memperolehi gol kedua ketika masa perlawan berbaki dua minit menerusi Matheus Leandro.
Bersambung babak kedua, tuan rumah dilihat lebih bersemangat dan peluang terbaik untuk merapatkan jurang menerusi tandukan Ahmad Khuzaimi Piee minit ke-52 namun ditangkap kemas penjaga gol Pahang, Wan Muhammad Azraie Wan Teh.
Namun, jaringan Sumareh pada minit ke-56 seakan menutup sisa-sisa harapan buat Melaka United untuk bangkit membolehkan Tok Gajah selesa mendahului 3-0.
Ahmad Khuzaimi melegakan penyokong tuan rumah apabila menghadiahkan gol saguhati untuk pasukan itu pada minit ke-89.
Keputusan itu kekal sehingga tamat masa perlawanan. #sumber
Skuad Tok Gajah "Belasah" Sang Kancil Di Melaka (Video Highlight)
Sekianlah artikel Skuad Tok Gajah "Belasah" Sang Kancil Di Melaka (Video Highlight) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Skuad Tok Gajah "Belasah" Sang Kancil Di Melaka (Video Highlight) linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/skuad-tok-gajah-belasah-sang-kancil-di.html
0 Response to "Skuad Tok Gajah "Belasah" Sang Kancil Di Melaka (Video Highlight)"
Posting Komentar