Judul : RUU355: Presiden PAS Minta Izin Laksana Undang-Undang Islam !
link : RUU355: Presiden PAS Minta Izin Laksana Undang-Undang Islam !
RUU355: Presiden PAS Minta Izin Laksana Undang-Undang Islam !
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka telah meminta izin untuk memastikan undang-undang Islam terus dilaksanakan di negara ini.
Beliau berkata, undang-undang ciptaan manusia jelas tidak dapat memberi penyelesaian sepenuhnya kepada masalah jenayah sama ada di peringkat nasional dan antarabangsa justeru undang-undang Islam perlu dilaksanakan.
"Dunia hari ini menyaksikan kegagalan undang-undang manusia, ia tak mampu membendung jenayah di peringkat nasional dan antarabangsa kerana undang-undang manusia tak ada roh dan iman.
"Izinkan untuk lihat undang-undang Islam dilaksanakan, daripada kamu mencemuh lebih baik kamu bincangkan tentang undang-undang yang sudah lapuk, masih guna tali gantung, tak mengira siapa saksi," katanya ketika berucap di Himpunan RUU355 di Padang Merbok, malam Sabtu.
Abdul Hadi berkata, undang-undang Islam sepatutnya dibincangkan dan bukan dipertikaikan dengan kejahilan dan tanpa ilmu.
Katanya, sejarah telah membuktikan perbincangan dan kerjasama tanpa mengira agama atau pegangan politik telah berlaku di dalam dan luar negara dalam menangani masalah yang timbul.
"Kepada yang masih bersikap negatif terhadap RUU355 mereka perlu melihat sejarah di mana Al Quran telah dirujuk untuk menggubal undang-undang di peringkat dunia," katanya.
Katanya, tiada sebab untuk orang bukan Islam menentang RUU 355.
Beliau turut mengulangi bahawa pindaan akta ini tidak ada kena mengena dengan hukum hudud dan tidak akan menjejaskan orang bukan Islam.
"Tak ada sebab untuk mereka membantah, ini sudah melanggar adat perpaduan agama.
"Orang Islam mesti hormati adab dan menghormati adat perpaduan agama," katanya.
Ucapan Abdul Hadi mengakhiri Himpunan RUU355 pukul 11.30 malam selepas ia bermula sejak pukul 2 petang. #sumber
RUU355: Presiden PAS Minta Izin Laksana Undang-Undang Islam !
Sekianlah artikel RUU355: Presiden PAS Minta Izin Laksana Undang-Undang Islam ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca RUU355: Presiden PAS Minta Izin Laksana Undang-Undang Islam ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/ruu355-presiden-pas-minta-izin-laksana.html
0 Response to "RUU355: Presiden PAS Minta Izin Laksana Undang-Undang Islam !"
Posting Komentar