Polis keluarkan 20 permit kepada calon BN

Polis keluarkan 20 permit kepada calon BN - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis keluarkan 20 permit kepada calon BN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis keluarkan 20 permit kepada calon BN
link : Polis keluarkan 20 permit kepada calon BN

Baca juga


Polis keluarkan 20 permit kepada calon BN

Bernama 


Polis sudah melulus dan mengeluarkan 20 permit kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu setakat ini.

Ketua Polis Daerah Lundu DSP Wong Chee Keong berkata semua permit itu dimohon oleh Barisan Nasional (BN).

"Setakat ini kita belum terima permohonan permit kempen daripada dua lagi calon. Hanya BN yang memohon permit kempen setakat ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pusat pengundian awal di Dewan Masyarakat Kampung Sungai Lundu di Lundu pagi ini.

PRK DUN Tanjong Datu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Datuk Amar Jamilah Anu menentang Rapelson Richard Hamit daripada Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru dan Johnny Aput daripada Parti Reformasi Negeri (Star).

Chee Keong berkata tempoh kempen masih berada dalam keadaan tenang tanpa berlaku sebarang insiden tidak diingini.

Mengenai kawalan keselamatan pada hari pengundian 18 Feb nanti, Chee Keong berkata pihaknya sudah merangka kaedah terbaik untuk memastikan proses itu berjalan lancar.

"Sejak dari awal kami (polis) sudah membuat perancangan rapi menghadapi PRK Tanjong Datu ini termasuk memastikan trafik lancar pada hari pengundian terutama di pusat penjumlahan undi.

"Kita akan tempatkan anggota yang mencukupi untuk memastikan laluan trafik lancar dan keselamatan terjamin," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Dewan Masyarakat Lundu sebagai lokasi pusat penamaan calon, pusat penjumlahan rasmi undi dan pusat pengiraan undi awal.-Bernama




Polis keluarkan 20 permit kepada calon BN

Sekianlah artikel Polis keluarkan 20 permit kepada calon BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Polis keluarkan 20 permit kepada calon BN linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/polis-keluarkan-20-permit-kepada-calon.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis keluarkan 20 permit kepada calon BN"

Posting Komentar