Judul : Pimpinan PKR tak hadir majlis Zaid masuk DAP
link : Pimpinan PKR tak hadir majlis Zaid masuk DAP
Pimpinan PKR tak hadir majlis Zaid masuk DAP
Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar & Shuhaniza Said
PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau tidak kecil hati dengan tindakan pimpinan utama PKR tidak hadir pada majlis penyertaannya ke dalam DAP, pagi tadi.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menyertai PKR pada tahun 2009 namun keluar daripada parti itu kurang setahun kemudian selepas mendakwa pemilihan parti itu sarat dengan penipuan.
Ketika itu, beliau juga membidas kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Zaid berkata beliau menjemput pemimpin utama PKR ke majlis hari ini untuk mengumumkan kemasukannya ke dalam DAP namun mereka ada komitmen lain.
"Ya saya ada menjemput mereka ke sidang media pagi ini tetapi mereka perlu ke mahkamah untuk kes Anwar,” kata beliau, merujuk kepada kes saman fitnah Anwar terhadap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Bagaimanapun, Zaid menegaskan hubungan beliau dengan pemimpin PKR “masih baik”.
Hadir di sidang media berkenaan bersama Zaid adalah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad.
Pimpinan PKR tak hadir majlis Zaid masuk DAP
Sekianlah artikel Pimpinan PKR tak hadir majlis Zaid masuk DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Pimpinan PKR tak hadir majlis Zaid masuk DAP linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/pimpinan-pkr-tak-hadir-majlis-zaid.html
0 Response to "Pimpinan PKR tak hadir majlis Zaid masuk DAP"
Posting Komentar