Judul : Pimpinan DAP 'kunci mulut' isu empat wakil rakyat keluar parti
link : Pimpinan DAP 'kunci mulut' isu empat wakil rakyat keluar parti
Pimpinan DAP 'kunci mulut' isu empat wakil rakyat keluar parti
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: Rata-rata pemimpin DAP enggan mengulas perkembangan terbaru membabitkan parti itu selepas empat wakil rakyatnya di Melaka yang bertindak keluar parti kerana kecewa dengan kepimpinan Lim Guan Eng.
"Saya akan buat kenyataan nanti," katanya ringkas.
"Tidak ada komen. Saya tidak tahu ia benar atau tidak. Saya tidak mahu komen hal seperti ini," ujarnya.
Seorang lagi pemimpin parti, yang juga Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng memberikan alasan sibuk ketika diajukan hal ini.
Beberapa pimpinan parti yang lain, termasuk Ngeh Koo Ham, Datuk Teng Chang Kim dan Charles Santiago tidak dapat dihubungi.
Hari ini DAP menerima tamparan hebat apabila empat wakil rakyatnya di Melaka, termasuk Ahli Parlimen tunggalnya di negeri itu, keluar parti kerana semakin kecewa dengan pimpinan Lim Guan Eng.
Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him, ADUN Duyong Goh Leong San, Lim Jack Wong (Bachang) and Chin Choong Seong (Kesidang) mengambil tindakan mengejutkan itu ekoran perbalahan dalaman yang berlarutan.
Selepas lebih tiga dekad menggelar Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai diktator dan zalim, Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang menjalin kerjasama politik dengan mantan Perdana Menteri itu yang memimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Malah Kit Siang dilihat mempertahankan rekod buruk Mahathir, khususnya berhubung dengan isu forex Bank Negara Malaysia dan skandal kewangan Bumiputera Malaysia Finance (BMF) semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
Menurut Mahathir, PPBM, DAP bersama PKR dan Amanah akan menggunakan logo sama dan meletakkan calon yang dipersetujui untuk menyaingi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Menurut Tong Him, mereka kini akan berkhidmat sebagai wakil rakyat bebas dan tidak berhasrat menyertai parti lain.
Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan bertanding sebagai calon bebas pada PRU14
Pimpinan DAP 'kunci mulut' isu empat wakil rakyat keluar parti
Sekianlah artikel Pimpinan DAP 'kunci mulut' isu empat wakil rakyat keluar parti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Pimpinan DAP 'kunci mulut' isu empat wakil rakyat keluar parti linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/pimpinan-dap-kunci-mulut-isu-empat.html
0 Response to "Pimpinan DAP 'kunci mulut' isu empat wakil rakyat keluar parti"
Posting Komentar