Judul : Penduduk Pulau Tawar Kesal, Lot Tanah 'Di Agihkan' Kepada Orang Luar !
link : Penduduk Pulau Tawar Kesal, Lot Tanah 'Di Agihkan' Kepada Orang Luar !
Penduduk Pulau Tawar Kesal, Lot Tanah 'Di Agihkan' Kepada Orang Luar !
JERANTUT: Rata-rata penduduk Pulau Tawar yang memohon tanah lot di Bukit Rang dekat sini kecewa dengan tindakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang tergamak mengagihkan sebahagian daripada tanah terbabit kepada "orang luar" bukan anak jadi kampung tersebut.
Demikian diluahkan oleh mereka dalam sesi pertemuan dan dialog khas dengan Ahli Parlimen Jerantut, Dato' Ahmad Nazlan Haji Idris di sini baru-baru ini. Turut hadir ialah Penghulu Mukim Pulau Tawar, Amir Hamzah Othman dan juga Zulfikar Masud (Ustaz Ngah) selaku Pengerusi Majlis dan jawatankuasa bertindak yang menguruskan lot-lot tanah fasa 1,2 dan 3 yang mencetuskan kontroversi itu.
Pertemuan yang diadakan di Masjid Pulau Tawar itu agak panas bila ada pemohon yang marah akibat tindakan khianat serta tidak telus dalam pembahagian lot-lot tanah berkenaan.
"Bayangkan selepas membayar RM100 dan menunggu begitu lama, tiba-tiba orang luar pula yang dapat.. ini tidak adil. Kami anak jati Pulau Tawar", kata Mohd Asri Yusof, salah seorang pemohon yang ditolak. Beliau seringkali mencelah ketika Pengerusi Majlis memulakan acara pada petang itu.
Malah ada isu, borang permohonan telah diagihkan kepada guru-guru di sebuah sekolah di bandar Jerrantut oleh pihak terbabit. Ramai guru-guru mendapat tanah sedangkan mereka orang luar. Sebaliknya hak anak-anak tempatan dinafikan.
Sementara itu, Ahmad Azzuddin Mohd Syarif pula bertanya kenapa ada kasta dalam agihan tanah di Pulau Tawar. "Fasa 1, seperti semua orang dah tau.. ada orang mendapat bahagian tanah dia 1/4 dan ada orang mendapat bahagian tanah 1/8.. kenapa ada sistem kasta di negara Malaysia ini?. Seperti mana yang kita tahu kasta ada di India... Apakah kami ni kasta rendah ker?. Mengapa ada orang yang duduk di kasta atasan?.
"Supaya mengagihkan pembahagian lot-lot tanah tersebut secara telus, tulus, jujur.. kalau boleh.. kuota tu dikebelakangkanlah... tak perlu.. bila sebab ada kuota ni lah yang menyebabkan rama anak-anak watan tempatan yang tak dapat.."
Ketika sesi dialog berjalan, pihak urusetia turut mengagihkan semula wang RM100 yang dibayar sebagai "upah merintis tapak" untuk lot tanah fasa 1,2 dan 3. Wang dipulangkan semula atas alasan menunggu proses seterusnya untuk fasa 4 dan 5 pula.
Sementara itu, Dato' Nazlan berjanji akan cuba mencari jalan penyelesaian terbaik atas kemelut yang melanda pada penduduk Pulau Tawar itu. Beliau akan memastikan pengangihan untuk fasa 4 dan 5 dibuat secara telus dan adil kepada anak-anak tempatan. Laporan selanjutnya menyusul. #pahangdaily
Penduduk Pulau Tawar Kesal, Lot Tanah 'Di Agihkan' Kepada Orang Luar !
Sekianlah artikel Penduduk Pulau Tawar Kesal, Lot Tanah 'Di Agihkan' Kepada Orang Luar ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Penduduk Pulau Tawar Kesal, Lot Tanah 'Di Agihkan' Kepada Orang Luar ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/penduduk-pulau-tawar-kesal-lot-tanah-di.html
0 Response to "Penduduk Pulau Tawar Kesal, Lot Tanah 'Di Agihkan' Kepada Orang Luar !"
Posting Komentar