Judul : "Pembinaan" Landasan Keretapi Pantai Timur, Akan Ubah Bentong
link : "Pembinaan" Landasan Keretapi Pantai Timur, Akan Ubah Bentong
"Pembinaan" Landasan Keretapi Pantai Timur, Akan Ubah Bentong
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak percaya pembinaan Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) bakal mengubah landskap Bentong, dengan ekonomi kawasan itu akan menjadi lebih terbuka melalui akses yang diwujudkan.
Perdana Menteri berkata potensi Bentong dapat direalisasikan dengan pembangunan pesat akan dapat dibawa ke kawasan itu melalui pembinaan projek ECRL, yang menghubungkan Tumpat dan Kuantan dengan Kuala Lumpur, serta projek Central Spine Road (CSR) Bentong Bypass.
“Bayangkan perjalanan antara Bentong dan Gombak hanya akan mengambil masa 25 minit dengan menaiki ECRL berbanding 90 minit dengan menaiki kereta melalui Lebuhraya Karak.
“Ini membolehkan Bentong menjadi bandar satelit kepada Greater Kuala Lumpur,” katanya dalam catatan terbaharu di laman blognya, www.najibrazak.com malam tadi.
Beliau berkata demikian susulan lawatannya ke Bentong sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2017 di Dataran Bentong, dihadiri kira-kira 20,000 penduduk.
Beliau berkata selain Seremban, Bentong juga bakal menjadi destinasi menarik sebagai salah satu kawasan untuk didiami bagi mereka yang bekerja di Kuala Lumpur.
Lebih daripada itu, industri seperti ekopelancongan bakal diberi nafas baharu dengan wujudnya sistem perhubungan yang holistik, katanya.
“Dari segi rancangan pembangunan, saya lihat Bentong sebagai sebuah bandar berpotensi tinggi disebabkan beberapa faktor utama, antaranya kekayaan bandar ini dengan sumber alam semulajadi yang menjadi tarikan kepada pelancong selain lokasinya yang strategik.
“Peluang-peluang sebegini sudah semestinya akan meningkatkan taraf hidup masyarakat Bentong kelak yang sebelum ini banyak terlibat dalam kegiatan ekonomi tradisional seperti perladangan dan pertanian,” katanya. #sumber
"Pembinaan" Landasan Keretapi Pantai Timur, Akan Ubah Bentong
Sekianlah artikel "Pembinaan" Landasan Keretapi Pantai Timur, Akan Ubah Bentong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca "Pembinaan" Landasan Keretapi Pantai Timur, Akan Ubah Bentong linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/pembinaan-landasan-keretapi-pantai.html
0 Response to ""Pembinaan" Landasan Keretapi Pantai Timur, Akan Ubah Bentong"
Posting Komentar