Judul : Pelajar UiTM Maut Kemalangan Dekat Kampung Semangat, Jalan Kuantan - Pekan !
link : Pelajar UiTM Maut Kemalangan Dekat Kampung Semangat, Jalan Kuantan - Pekan !
Pelajar UiTM Maut Kemalangan Dekat Kampung Semangat, Jalan Kuantan - Pekan !
KUANTAN: Perjalanan pulang ke rumah bertukar tragedi buat tiga beradik apabila seorang daripadanya maut selepas kereta Proton Saga dinaiki, kemalangan di Jalan Kuantan-Pekan, dekat Kampung Semangat, di sini kelmarin.
Ketika kejadian pada jam 10 malam itu, Siti Nur Hidayah Mahadzir, 20, dari Taman Seri Inderapura, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian.
Kakak mangsa, Siti Radhiah, 23, cedera di badan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, manakala adiknya, Muhammad Kamaruddin, 17, retak tulang kaki kiri.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintendan, Mohd Noor Yusuf Ali berkata, siasatan awal mendapati, kereta dipandu kakak mangsa menghala ke bandar ini dari Pekan dipercayai hilang kawalan dan melanggar pengadang jalan, lalu terbalik.
“Mangsa (Siti Nur Hidayah) masih menuntut di UiTM Segamat, Johor manakala Siti Radhiah menuntut di Uniten di Muadzam Shah, Rompin dan Muhamad Kamaruddin merupakan pelajar Sekolah Menengah Vokasional, di sini.
“Sampel darah dan air kencing pemandu dan penumpang hadapan akan diambil untuk ujian toksikologi di Jabatan Kimia,” katanya. #sumber
Pelajar UiTM Maut Kemalangan Dekat Kampung Semangat, Jalan Kuantan - Pekan !
Sekianlah artikel Pelajar UiTM Maut Kemalangan Dekat Kampung Semangat, Jalan Kuantan - Pekan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Pelajar UiTM Maut Kemalangan Dekat Kampung Semangat, Jalan Kuantan - Pekan ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/pelajar-uitm-maut-kemalangan-dekat.html
0 Response to "Pelajar UiTM Maut Kemalangan Dekat Kampung Semangat, Jalan Kuantan - Pekan !"
Posting Komentar