PAS tembak DAP balik gagal selesai banjir P.Pinang

PAS tembak DAP balik gagal selesai banjir P.Pinang - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS tembak DAP balik gagal selesai banjir P.Pinang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS tembak DAP balik gagal selesai banjir P.Pinang
link : PAS tembak DAP balik gagal selesai banjir P.Pinang

Baca juga


PAS tembak DAP balik gagal selesai banjir P.Pinang

 Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak layak untuk mengkritik PAS gagal mentadbir Kelantan dengan mengaitkan isu banjir kerana DAP juga sebenarnya gagal menyelesaikan masalah banjir kilat di Pulau Pinang.

Malah menurut Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah, kerajaan PAS Kelantan belum pernah lagi meminta bantuan daripada Pulau Pinang.

Justeru tegasnya, adalah lebih baik Guan Eng menjaga tepi kain sendiri dan menyelesaikan pelbagai masalah di negeri itu, bukannya menyibuk dan mempertikaikan cara PAS mentadbir Kelantan.

“Pertama sekali, Guan Eng kena jaga mulut, sebagai Ketua Menteri dia kena cermat bercakap, kena faham isu dan kena ada fakta lengkap.

“Menuduh Kelantan gagal dan muflis satu tuduhan berat. Kalau dia kata mundur, kita boleh terima jika hendak dibandingkan dengan Kuala Lumpur tetapi tidaklah sampai kita merempat dan perlu minta bantuan Pulau Pinang.

“Kalau kata kita gagal, dia pun gagal. Sejak DAP memerintah, masalah banjir kilat tidak pernah selesai sampai perlu minta bantuan kerajaan Pusat. Lebih baik dia jaga negeri itu daripada sibuk hal Kelantan,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Terdahulu Guan Eng dilaporkan mendakwa Kelantan adalah sebuah negeri gagal dan muflis kerana ditadbir oleh sebuah parti yang gagal iaitu PAS, sekali gus menyebabkan rakyat hidup dalam kemiskinan.

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan itu juga mendakwa kerajaan PAS Kelantan gagal menyelesaikan isu rumah mangsa banjir 2014, selain terpaksa menebang kira-kira 100,000 hektar hutan kerana tidak mempunyai wang untuk mentadbir negeri ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Amar yang juga Naib Presiden PAS berkata, setakat ini, 80 peratus isu kediaman mangsa banjir telah selesai dan baki yang tergendala adalah disebabkan masalah teknikal yang dihadapi kerajaan Persekutuan.

Beliau turut menegaskan, lebih 50 peratus daripada kawasan hutan di negeri ini masih lagi berstatus hutan simpan dan perkara itu selaras dengan kuota ditetapkan oleh Majlis Perhutanan Negara.


PAS tembak DAP balik gagal selesai banjir P.Pinang

Sekianlah artikel PAS tembak DAP balik gagal selesai banjir P.Pinang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PAS tembak DAP balik gagal selesai banjir P.Pinang linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/pas-tembak-dap-balik-gagal-selesai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS tembak DAP balik gagal selesai banjir P.Pinang"

Posting Komentar