Pas teliti cadangan tanding 20 Dun, 4 Parlimen di Sabah

Pas teliti cadangan tanding 20 Dun, 4 Parlimen di Sabah - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pas teliti cadangan tanding 20 Dun, 4 Parlimen di Sabah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pas teliti cadangan tanding 20 Dun, 4 Parlimen di Sabah
link : Pas teliti cadangan tanding 20 Dun, 4 Parlimen di Sabah

Baca juga


Pas teliti cadangan tanding 20 Dun, 4 Parlimen di Sabah

MALAYSIA DATELINE

Mustafa AliMustafa Ali

Pas sedang meneliti cadangan Pas Sabah untuk bertanding lebih 20 kerusi Dun dan sekurang-kurangnya empat Parlimen pada Pilihan Raya negeri itu yang dijangka diadakan lebih awal dari Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Pengarahnya Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat Datuk Mustafa Ali berkata, beliau bersama Pengarah-pengarah Pilihan Raya Pas Negeri telah membuat tinjauan ke Sabah antaranya di Kundasang dan Keningau bagi mengikuti perkembangan politik dan persiapan terhadap jangkaan tersebut.

Menurut beliau, hasil pertemuan dan perbincangan dengan Pas kawasan-kawasan di Sabah, beliau menegaskan bahawa parti itu masih belum mempunyai hubungan dengan mana-mana parti politik di negeri itu sebagaimana penggal yang lalu.

“Walau bagaimanapun pun kita bersedia untuk bincang dengan mana-mana parti politik yang sekiranya bersedia untuk bincang dan menghadapi pilihan raya. Kalau tidak, maka kita akan hadapi pilihan raya ini secara bersendirian.

“Dan apabila kita bersendirian, kita bebas untuk bertanding di mana-mana sekalipun, tidak terikat, dulu nak bertanding ini kawan-kawan kata ini tempat yang sesuai bagi mereka ini. Sekarang ini kita tak terikat, dalam perbincangan kami dengan pimpinan Pas Sabah pun tidak terikat dengan mana-mana parti politik.

“Pihak Pilihan Raya Pusat akan mengkaji kemunasabahan yang dicadangkan itu. Mungkin kurang mungkin lebih daripada yang dicadangkan, boleh jadi juga, kita tengok perkembangan-perkembangan yang berlaku sekarang ini,” ujarnya seperti dipetik Harakahdaily.

Menurut beliau pada sidang media di Pejabat Pas Kawasan Putatan semalam, kehadirannya bersama jentera itu adalah untuk menyiapkan persiapan umum petugas pilihan raya dari negeri-negeri lain datang membantu sebagaimana pada PRN Sarawak yang lalu.

Katanya, pihak beliau telah mengadakan latihan terakhir pada 28 Januari lalu dan akan terus memantapkan persediaan sebelum hari pembubaran, namun telah bersiap menghadapi gerak kerja lapangan Pilihan raya Negeri itu.



Pas teliti cadangan tanding 20 Dun, 4 Parlimen di Sabah

Sekianlah artikel Pas teliti cadangan tanding 20 Dun, 4 Parlimen di Sabah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pas teliti cadangan tanding 20 Dun, 4 Parlimen di Sabah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/pas-teliti-cadangan-tanding-20-dun-4.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pas teliti cadangan tanding 20 Dun, 4 Parlimen di Sabah"

Posting Komentar