Judul : PAS minta campur tangan Agong elak DAP terus berkuasa...Itu Baru Kuasai Negeri Belum Lagi Kuasai Negara Lagi
link : PAS minta campur tangan Agong elak DAP terus berkuasa...Itu Baru Kuasai Negeri Belum Lagi Kuasai Negara Lagi
PAS minta campur tangan Agong elak DAP terus berkuasa...Itu Baru Kuasai Negeri Belum Lagi Kuasai Negara Lagi
PAS Pulau Pinang memohon Yang di-Pertuan Agong selaku ketua hal ehwal Islam bagi negeri tanpa raja atau sultan bertindak dalam urusan pewartaan fatwa di negeri ini bagi mengelakkan Kerajaan DAP Pulau Pinang terus 'menguasai' urusan agama itu.
Pesuruhjayanya, Fauzi Mohd. Yusof menganggap cadangan itu adalah jalan terakhir bagi memastikan kedudukan agama Islam di Pulau Pinang dan negeri lain terpelihara daripada campur tangan penganut agama lain.
Campur tangan Kerajaan DAP yang dilihat keterlaluan itu katanya, perlu dihentikan dengan segera bagi memastikan penindasan terhadap orang Melayu dan Islam tidak berterusan.
Beliau menegaskan, pelaksanaan perkara berkaitan agama Islam yang kononnya memerlukan persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang dipengerusikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng turut perlu dimansuhkan.
“Untuk apa kita dapatkan kelulusan MMK sedangkan sudah ada ketua (Yang di-Pertuan Agong) yang harus dirujuk untuk hal berkaitan agama? Kerajaan negeri hanya perlu dimaklumkan selepas Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan bagi mewartakan perkara berkenaan di peringkat negeri,” katanya.
Pelbagai pihak termasuk rakyat terus mendesak Kerajaan DAP Pulau Pinang menjelaskan kemelut campur tangan tersebut selepas surat arahan supaya Jawatankuasa Fatwa membincangkan semula fatwa kalimah Allah bertarikh 26 Mei 2010 tersebar di laman sosial semalam.
Mengulas lanjut, Fauzi berkata, cadangan melibatkan Seri Paduka dalam perkara itu menunjukkan keseriusan pihaknya mendedahkan tembelang DAP yang kononnya ingin mentadbir Kerajaan Pusat.
PAS minta campur tangan Agong elak DAP terus berkuasa...Itu Baru Kuasai Negeri Belum Lagi Kuasai Negara Lagi
Sekianlah artikel PAS minta campur tangan Agong elak DAP terus berkuasa...Itu Baru Kuasai Negeri Belum Lagi Kuasai Negara Lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PAS minta campur tangan Agong elak DAP terus berkuasa...Itu Baru Kuasai Negeri Belum Lagi Kuasai Negara Lagi linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/pas-minta-campur-tangan-agong-elak-dap.html
0 Response to "PAS minta campur tangan Agong elak DAP terus berkuasa...Itu Baru Kuasai Negeri Belum Lagi Kuasai Negara Lagi"
Posting Komentar