Menteri Sabah nafi dakwaan Azmin, Anifah tak letak jawatan

Menteri Sabah nafi dakwaan Azmin, Anifah tak letak jawatan - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menteri Sabah nafi dakwaan Azmin, Anifah tak letak jawatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menteri Sabah nafi dakwaan Azmin, Anifah tak letak jawatan
link : Menteri Sabah nafi dakwaan Azmin, Anifah tak letak jawatan

Baca juga


Menteri Sabah nafi dakwaan Azmin, Anifah tak letak jawatan

KOTA KINABALU: Dakwaan tersebar di beberapa blog dan laman sosial yang mendakwa Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman akan meletakkan jawatan, dinafikan pemimpin Umno di Sabah. 
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Masidi Manjun menerusi laman Twitter berkata, Anifah sendiri menafikan beliau adalah menteri kanan yang didakwa akan meletak jawatan. 
Malah, Masidi yang juga Ketua Umno Bahagian Ranau memuat naik gambar beliau bersama Anifah serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang duduk semeja dalam satu majlis di sini, malam tadi. 
Semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menimbulkan persoalan menerusi Twitter beliau apabila menyatakan benarkah ada seorang menteri kanan telah meletakkan jawatan. 
Peletakan jawatan itu didakwa kononnya ada kaitan dengan isu 1MDB. 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam reaksi balasnya malam tadi, menyifatkan Mohamed Azmin sekadar mahu menarik perhatian dengan berbohong, berhubung dakwaan peletakan jawatan oleh seorang menteri. 
Perdana Menteri menerusi kenyataan ringkas, dalam akuan Facebook dan Twitter, menegaskan tiada seorangpun menteri memaklumkan kepadanya untuk meletakkan jawatan. 
"Saya menganggap Azmin memberitahu sesuatu yang tidak benar untuk menarik perhatian, lainlah dia menyatakan nama menteri berkenaan," katanya.


Menteri Sabah nafi dakwaan Azmin, Anifah tak letak jawatan

Sekianlah artikel Menteri Sabah nafi dakwaan Azmin, Anifah tak letak jawatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Menteri Sabah nafi dakwaan Azmin, Anifah tak letak jawatan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/menteri-sabah-nafi-dakwaan-azmin-anifah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Menteri Sabah nafi dakwaan Azmin, Anifah tak letak jawatan"

Posting Komentar