KJ AKAN MENANG PEMILIHAN FAM – TMJ

KJ AKAN MENANG PEMILIHAN FAM – TMJ - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KJ AKAN MENANG PEMILIHAN FAM – TMJ, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KJ AKAN MENANG PEMILIHAN FAM – TMJ
link : KJ AKAN MENANG PEMILIHAN FAM – TMJ

Baca juga


KJ AKAN MENANG PEMILIHAN FAM – TMJ

Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau proksi beliau bakal memenangi perebutan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada bulan depan.
 
Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu berkata demikian dalam satu wawancara yang disiarkan menerusi akaun rasmi kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Johor Southern Tigers yang disiarkan hari ini.
 
Tunku Ismail yang juga pemilik JDT berkata demikian ketika ditanya mengenai calon yang difikir bakal memenangi pemilihan jawatan itu pada Kongres FAM, 25 Mac ini.
 
Berikut wawancara penuh berkenaan:
 
Wartawan: Siapa yang Tunku rasa akan menang pemilihan FAM nanti?
 
TMJ: YB Khairy Jamaluddin atau proksi menteri.
 
Wartawan: Tunku?
 
TMJ: Saya mana ada peluang nak lawan orang politik. Saya datang dari negeri kecil, dan jaga kelab kecil.
 
Wartawan: Jadi adakah Tunku akan terima pencalonan tersebut?
 
TMJ: Buat masa ini tidak terfikir apa apa lagi kerana saya sedang sibuk bekerja keras untuk beli sebuah kelab bola sepak luar negara, kemungkinan di Eropah kalau ada rezeki dan sibuk menjalankan tugas di Johor. Dan saya ini orang angkuh, mana layak. Yang layak hanya orang-orang politik, menteri yang jujur, bijak tentang bola sepak dan berintegriti.
 
Wartawan: Terima kasih Tunku.
 
Dalam pada itu, sehingga hari ini hanya bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa sudah menghantar borang pengesahan pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden FAM.
 
Tunku Ismail bersama Khairy Jamaluddin serta bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat yang sebelum ini dilaporkan turut dicalonkan, masih belum berbuat demikian.
 
Semua calon terbabit perlu membuat pengesahan menerima pencalonan sehingga Isnin ini dengan senarai akhir bertanding akan diumumkan pada mesyuarat EXCO FAM, 20 Februari ini.


KJ AKAN MENANG PEMILIHAN FAM – TMJ

Sekianlah artikel KJ AKAN MENANG PEMILIHAN FAM – TMJ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca KJ AKAN MENANG PEMILIHAN FAM – TMJ linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/kj-akan-menang-pemilihan-fam-tmj.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KJ AKAN MENANG PEMILIHAN FAM – TMJ"

Posting Komentar