Kit Siang dakwa Nasrudin Tantawi dalang ‘wayang’ memorandum mufaraqah

Kit Siang dakwa Nasrudin Tantawi dalang ‘wayang’ memorandum mufaraqah - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kit Siang dakwa Nasrudin Tantawi dalang ‘wayang’ memorandum mufaraqah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kit Siang dakwa Nasrudin Tantawi dalang ‘wayang’ memorandum mufaraqah
link : Kit Siang dakwa Nasrudin Tantawi dalang ‘wayang’ memorandum mufaraqah

Baca juga


Kit Siang dakwa Nasrudin Tantawi dalang ‘wayang’ memorandum mufaraqah


Roketkini.com

KUALA LUMPUR: Tindakan penyokong PAS Selangor menghantar memorandum mendesak PAS memutuskan kerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah adalah satu tindakan terancang.

Menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, beliau percaya tindakan itu jelas dirancang sendiri oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasarudin Hassan Tantawi untuk memburuk-burukkan pimpinan Pakatan Harapan.

Ini adalah sesuatu yang tidak akan terjadi dalam PAS versi Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana tidak akan ada ketua penerangan PAS yang berani mengatur dan menjalankan aksi politik nakal sedemikian, kerana dia pastinya akan mengundang kemarahan Nik Aziz,” katanya.

Memorandum yang diserahkan PAS Selangor kepada Ketua Penerangan PAS, Nasarudin Tantawi Sabtu lalu itu turut diiringi dengan kain rentang yang tertera kata-kata fitnah ‘Musuh Melayu/Islam (Rasis)’ dengan gambar Kit Siang jelas terpampang di atasnya.

Menurut Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, jika DAP dan pemimpinnya dituduh anti Melayu dan Islam, mengapa PAS sanggup bekerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat dan memperolehi undi popular dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 sebelum ini.

“Malah, kalau DAP dan pemimpin DAP anti-Melayu dan anti-Islam, adakah Nik Aziz akan menziarahi mantan Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh, di kediamannya di Pulau Pinang semasa perayaan Thaipusam pada Januari 2013, di mana hari jadi Nik Aziz yang ke 82 turut disambut dengan kek ‘Pakatan Rakyat’?,” jelas Kit Siang.

Katanya, PAS di bawah kepimpinan Allahyarham Nik Aziz amat jauh berbeza dengan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menerajui parti Islam itu ketika ini.

Ini kerana, Allahyarham Nik Aziz tidak akan membenarkan partinya bermain dengan politik kebencian perkauman seperti yang dilakukan kepimpinan PAS ketika ini dan akan memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah kepada kemelut yang dihadapi negara.

Malah, jika Allahyarham Nik Aziz masih hidup, katanya, sudah tentu beliau (Nik Aziz) tanpa ragu-ragu akan menyertai usaha pihak pembangkang dan NGO dalam menyelamatkan negara daripada terus dihina dengan gelaran ‘kleptokrasi global’.

“PAS akan menjadi barisan hadapan menuntut ketelusan dan kebertanggungjawapan dalam skandal penyelewengan berbilion ringgit dana milik 1MDB.

“Dan sudah tentu tidak akan melakukan seperti yang dilakukan Presiden PAS ketika ini yang bermesra-mesraan dengan Presiden UMNO dengan pendirian bahawa tidak mengapa Malaysia digelar sebagai ‘kleptokrasi global’ asalkan perdana menteri itu seorang beragama Islam,” ujarnya – Roketkini.com

* Baca kenyataan penuh Lim Kit Siang di sini: http://ift.tt/2lpc39M



Kit Siang dakwa Nasrudin Tantawi dalang ‘wayang’ memorandum mufaraqah

Sekianlah artikel Kit Siang dakwa Nasrudin Tantawi dalang ‘wayang’ memorandum mufaraqah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Kit Siang dakwa Nasrudin Tantawi dalang ‘wayang’ memorandum mufaraqah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/kit-siang-dakwa-nasrudin-tantawi-dalang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kit Siang dakwa Nasrudin Tantawi dalang ‘wayang’ memorandum mufaraqah"

Posting Komentar