Judul : Khalid: Isu Sial, Tajuddin Malukan Diri Sendiri, Tapi Orang Lain Yang Kena
link : Khalid: Isu Sial, Tajuddin Malukan Diri Sendiri, Tapi Orang Lain Yang Kena
Khalid: Isu Sial, Tajuddin Malukan Diri Sendiri, Tapi Orang Lain Yang Kena
SHAH ALAM: Datuk Tajuddin Abdul Rahman memalukan diri sendiri apabila menggunakan kata-kata carut terhadap ahli Parlimen wanita dan memperlekehkan wakil rakyat lain, kata Khalid Samad hari ini.
Pada sidang media hari ini, Ahli Parlimen Shah Alam itu mempertahankan perkataan “sial” terhadap Ahli Parlimen Pasir Salak dan bersedia berjumpa beliau di mahkamah.
“Dia menggunakan kata-kata mencarut dan memperlekehkan ahli Parlimen lain tanpa menunjukkan penyesalan, kemudian memfitnah saya menjatuhkan air mukanya padahal dia menjatuhkan air mukanya sendiri.
“Tidak kira kita dari parti mana, walaupun ahli Parlimen BN sekalipun, kita tidak boleh layan wanita begitu,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Khalid menyifatkan Tajuddin “sial” pada 21 November lepas apabila timbalan menteri Umno itu berkata Teresa Kok, ahli Parlimen Seputeh, sebagai perempuan yang mempunyai perkataan “Kok”.
Tajuddin dalam writ saman semalam berkata kenyataan Khalid menggambarkan beliau sebagai munafik, melanggar perintah Allah dan akan masuk neraka.
“Kita tahu dia mempunyai banyak wang dan masa untuk melibatkan mahkamah dalam perkara ini tapi saya yakin tidak bersalah dan saya akan jumpanya di mahkamah,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di pejabatnya hari ini.
Selain Khalid, Tajuddin turut menyaman NST kerana menyiarkan kenyataan pemimpin Amanah itu.
Tajuddin juga menyaman KiniTV kerana menyiarkan rakaman sidang media Khalid selepas itu pada 24 November tahun lepas.
Khalid mengadakan sidang media selepas diserang dalam kawasan Parlimen oleh sekumpulan orang dari Pasir Salak, termasuk anak lelaki Tajuddin, Faisal.
Khalid menyalahkan Tajuddin diatas serangan itu di sidang media itu.
Hari ini, Khalid berkata beliau tidak menuduh Tajuddin terlibat dalam serangan itu.
“Dia tidak perlu bantuan penyerang yang melaungkan namanya untuk menyerang saya jika dia mahu saya memohon maaf.”
Saman bertarikh 22 Feb dan difailkan melalui firma guaman Murthi & Partners di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata Khalid dan NST enggan memohon maaf dan mendakwa kenyataan mereka tidak berunsur fitnah selepas surat tuntutan dihantar kepada mereka.
Tajuddin juga menyaman KiniTV kerana menyiarkan rakaman sidang media Khalid pada 24 Nov tahun lepas. #sumber
Khalid: Isu Sial, Tajuddin Malukan Diri Sendiri, Tapi Orang Lain Yang Kena
Sekianlah artikel Khalid: Isu Sial, Tajuddin Malukan Diri Sendiri, Tapi Orang Lain Yang Kena kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Khalid: Isu Sial, Tajuddin Malukan Diri Sendiri, Tapi Orang Lain Yang Kena linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/khalid-isu-sial-tajuddin-malukan-diri.html
0 Response to "Khalid: Isu Sial, Tajuddin Malukan Diri Sendiri, Tapi Orang Lain Yang Kena"
Posting Komentar