Judul : Ketua Polis Negara Nafi Tuduhan "Akhbar UK", Polis Peras Pekerja Asing
link : Ketua Polis Negara Nafi Tuduhan "Akhbar UK", Polis Peras Pekerja Asing
Ketua Polis Negara Nafi Tuduhan "Akhbar UK", Polis Peras Pekerja Asing
KUALA LUMPUR: Laporan The Guardian mendakwa pekerja asing tanpa dokumen di Malaysia berdepan penderaan dan menjadi sasaran salah guna kuasa polis adalah tuduhan serius yang tidak dapat disahkan kebenarannya tanpa aduan kepada pihak berkuasa, kata ketua polis negara.
“Ini adalah tuduhan serius terhadap organisasi saya. Saya tidak menafikan sepenuhnya kemungkinan berlaku perkara itu, tetapi laporan The Guardian itu tidak adil jika kita tidak boleh menyiasat insiden berkenaan,” kata Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada FMT hari ini.
Beliau mengulas laporan The Guardian yang berpangkalan di United Kingdom mendakwa pekerja asing tanpa dokumen di Malaysia berdepan penderaan, diskriminasi dan menjadi sasaran polis.
Menurut laporan itu, pekerja asing tanpa dokumen takut kepada polis yang disifatkan sebagai “perompak berpakaian seragam”.
Ia memetik seorang pekerja Kemboja, Vani yang mendakwa ditahan polis 4 kali dan terpaksa membayar “denda” yang banyak setiap kali.
Katanya, kali pertama ditahan, dia dipukul polis dan terpaksa menyerahkan RM700 yang hampir sama dengan gaji sebulannya.
Laporan The Guardian memperincikan penderitaan pekerja terbabit termasuk dieksploitasi majikan, kemudahan penjagaan kesihatan yang terhad, kekurangan kemudahan pendidikan untuk anak mereka, keadaan tempat kerja teruk, didiskriminasi penduduk tempatan dan penyalahgunaan kuasa anggota polis.
Laporan itu mendakwa kebanyakan mereka datang ke Malaysia sebagai pekerja sah, tetapi “menjadi pekerja tanpa dokumen kerana terpaksa melarikan diri dari tempat tinggal mengerikan, gaji rendah atau majikan enggan memperbaharui permit kerja mereka”.
Kesatuan sekerja dan NGO yang dipetik laporan itu mendakwa terdapat lebih 4 juta pekerja asing tanpa dokumen di Malaysia.
Seorang pegawai di Kedutaan Nepal di Kuala Lumpur yang tidak dinamakan berkata: “Mereka bukan pekerja haram, mereka menjadi pekerja haram disebabkan majikan.”
Seorang pekerja dari Nepal, Sonam Lapcha, 30, mendakwa terpaksa menahan bau busuk, tandas tiada pintu dan air minuman kotor dan berkongsi sebuah asrama dengan 300 lelaki lain.
Lapcha yang bekerja di sebuah kilang dekat Kuala Lumpur memberitahu The Guardian: “Ia lebih teruk dari Nepal. Kami juga terpaksa membeli tilam dan peralatan tempat tidur sendiri. Syarikat hanya beri kami rangka katil.”
Katanya, beliau mula bekerja jam 8 pagi dan hanya habis 10 atau 11 malam. Ketika berjalan pulang ke asrama dengan rakannya, mereka didatangi penduduk tempatan yang kerap memukul dan merompak mereka.
Lebih teruk apabila syarikat itu tidak membayar gaji seperti dijanjikan dan Lapcha terpaksa mencari kerja lain.
Menurut laporan itu, majikan mengambil kesempatan terhadap pekerja asing dengan mempergunakan ketakutan mereka terhadap pihak berkuasa.
Mereka tidak boleh menghantar anak ke sekolah kerajaan atau mendapat rawatan di hospital.
Seorang pekerja asing yang menghidap denggi mendakwa sebuah hospital kerajaan enggan memberi rawatan kepadanya kerana tidak mempunyai pasport. Pasportnya dipegang bekas majikannya.
Menurut laporan itu, pengecualian pekerja asing tanpa dokumen daripada perkhidmatan awam mencerminkan diskriminasi meluas terhadap golongan berkenaan.
Ia memetik Pertubuhan Buruh Antarabangsa dalam satu laporan baru-baru ini: “Menyalahkan pekerja asing tanpa mengambil kira realiti menyebabkan eksploitasi dan penderaan kadang-kadang dilihat sebagai perkara boleh diterima.”
Seorang pekerja asing yang tinggal di Malaysia 8 tahun dan mengendalikan sebuah restoran di Kuala Lumpur berkata: “Orang tidak berkelakuan baik sekarang. Mereka fikir kami datang ke sini untuk mengambil makanan, wang dan tempat mereka. Mereka layan anda seperti orang kelas ke-2. Ia benar-benar menyedihkan.”
Penyelaras Kumpulan Pekerja Asing Malaysia, Sumitha Shaanthinni Kishna dipetik The Guardian berkata, Vani dan berjuta pekerja asing lain terperangkap dalam sebuah sistem sembarangan dan tidak menghiraukan nasib mereka.
“Sektor tidak formal berkembang maju, tetapi penduduk tempatan tidak mahu melakukan kerja ini dan kos pengambilan pekerja sah tidak mampu dibayar sesetengah majikan.
“Terdapat kesungguhan politik yang sangat sedikit untuk menangani masalah ini. Selagi seseorang mendapat keuntungan daripada pekerja asing, eksploitasi tidak akan berhenti,” katanya. #sumber
Ketua Polis Negara Nafi Tuduhan "Akhbar UK", Polis Peras Pekerja Asing
Sekianlah artikel Ketua Polis Negara Nafi Tuduhan "Akhbar UK", Polis Peras Pekerja Asing kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Ketua Polis Negara Nafi Tuduhan "Akhbar UK", Polis Peras Pekerja Asing linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/ketua-polis-negara-nafi-tuduhan-akhbar.html
0 Response to "Ketua Polis Negara Nafi Tuduhan "Akhbar UK", Polis Peras Pekerja Asing"
Posting Komentar