Judul : Kes Jong-nam: "Kebocoran CCTV", MAHB Mulakan Siasatan Dalaman
link : Kes Jong-nam: "Kebocoran CCTV", MAHB Mulakan Siasatan Dalaman
Kes Jong-nam: "Kebocoran CCTV", MAHB Mulakan Siasatan Dalaman
Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali (foto) berkata pihaknya amat kesal dengan insiden itu dan unit keselamatan MAHB juga telah membuat laporan polis mengenainya pada Isnin lepas.
"Kami amat kesal dengan kebocoran rakaman tersebut memandangkan bahan itu merupakan bahan bukti yang amat sensitif, tambahan pula lapangan terbang merupakan kawasan larangan yang tidak boleh diceroboh sesuka hati," katanya kepada Bernama.
Badlisham berkata MAHB memberi kerjasama penuh kepada pihak kerajaan dan polis dalam kes Jong-nam itu dan telah menyerahkan salinan rakaman CCTV berkaitan kes berkenaan kepada polis pada 14 Februari lalu.
Katanya sebagai pengendali lapangan terbang di klia2, salinan induk rakaman CCTV berkenaan masih dimiliki pihaknya.
Beliau berkata siasatan dalaman MAHB termasuk mengenal pasti individu yang memasuki bilik rakaman pada hari kejadian selain cara rakaman itu direkodkan sama ada menerusi telefon bimbit atau peranti lain.
"MAHB tidak akan mengambil lewa dalam perkara ini dan kita akan memastikan pihak yang terlibat dikenakan tindakan seberat-beratnya," katanya.
Susulan kes berkenaan juga Badlisham berkata beliau telah mengarahkan kawalan keselamatan di bilik rakaman CCTV di semua lapangan terbang kendalian MAHB diperketatkan.
"Ini termasuk tidak membenarkan orang yang tidak sepatutnya memasuki bilik tersebut, menurunkan tandatangan sebagai bukti kehadiran dan tidak membenarkan telefon bimbit dibawa masuk," katanya.
Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital pada 13 Feb lepas. Jong-nam yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, sebelum itu dilaporkan berada di klia2 untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dihampiri dua wanita yang dikatakan menyapu mukanya dengan bahan beracun. #sumber
Kes Jong-nam: "Kebocoran CCTV", MAHB Mulakan Siasatan Dalaman
Sekianlah artikel Kes Jong-nam: "Kebocoran CCTV", MAHB Mulakan Siasatan Dalaman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Kes Jong-nam: "Kebocoran CCTV", MAHB Mulakan Siasatan Dalaman linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/kes-jong-nam-kebocoran-cctv-mahb.html
0 Response to "Kes Jong-nam: "Kebocoran CCTV", MAHB Mulakan Siasatan Dalaman"
Posting Komentar