Judul : Kerjasama PAS-PPBM-Amanah tidak perlu rujuk muktamar
link : Kerjasama PAS-PPBM-Amanah tidak perlu rujuk muktamar
Kerjasama PAS-PPBM-Amanah tidak perlu rujuk muktamar
Oleh Haizal Yatiran
KUALA LUMPUR: PAS tidak perlu merujuk kepada muktamar parti itu, untuk menolak mengadakan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Amanah, tidak seperti PKR dan DAP.
Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan menjelaskan memandangkan tahaluf siyasi PAS dengan DAP dan PKR diputuskan melalui muktamar, maka untuk memutuskannya juga perlu melalui himpunan itu.
"Yang mengadakan hubungan itu pun melalui Muktamar, jadi kita nak putuskan atau teruskan hubungan itu pun bergantung pada Muktamar nanti. Jadi muktamar PAS akan berlangsung pada akhir April ini.
"Yang belum ada hubungan, kita tak perlu tunggu Muktamar. Sebab belum berlaku. Sebab ini (PKR) sudah terjalin lama, jadi banyak perkara yang perlu kita nilai," ujar Nasruddin dalam sidang medianya di Kuala Lumpur, hari ini.
Nasruddin berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan PPBM, agar PAS segera membuat keputusan ke atas tahaluf siyasinya dengan PKR dan tidak menunggu muktamar.
Beliau juga mengulang jawapan yang sama apabila di minta mengulas saranan Ahli Parlimen Pokok Sena (PAS) Datuk Mahfuz Omar, bahawa parti itu perlu menarik diri daripada kerjaan negeri Selangor, sementelah PKR menjalinkan hubungan dengan DAP dan Amanah.
"Bergantung pada pusat (Muktamar) jugalah,” jawabnya ringkas.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini mengumumkan partinya tidak akan menjalinkan hubungan dengan parti yang bekerjasama dengan DAP dan Amanah.
Kenyataan itu menyusul selepas Presiden Parti Pribumi bersatu Malaysia (PPBM) memberi tempoh sebulan kepada PAS untuk membuat keputusan sertai pembangkang yang lain menentang Umno Barisan Nasiional (BN).
Bagaimanapun, Hadi berkata hubungan tahaluf siyasi dengan PKR hanya akan diputuskan pada Muktamar PAS kali ke-63, April ini.
Kerjasama PAS-PPBM-Amanah tidak perlu rujuk muktamar
Sekianlah artikel Kerjasama PAS-PPBM-Amanah tidak perlu rujuk muktamar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Kerjasama PAS-PPBM-Amanah tidak perlu rujuk muktamar linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/kerjasama-pas-ppbm-amanah-tidak-perlu.html
0 Response to "Kerjasama PAS-PPBM-Amanah tidak perlu rujuk muktamar"
Posting Komentar