Judul : Kecewa Dengan Pucuk Pimpinan, "Empat Wakil Rakyat" DAP Keluar Parti
link : Kecewa Dengan Pucuk Pimpinan, "Empat Wakil Rakyat" DAP Keluar Parti
Kecewa Dengan Pucuk Pimpinan, "Empat Wakil Rakyat" DAP Keluar Parti
MELAKA: Empat pemimpin negeri DAP memutuskan keluar parti kerana sudah hilang keyakinan dan kecewa dengan pucuk pimpinan.
Langkah itu dimulai Ahli Parlimen dari Kota Melaka, Sim Tong Him dan 3 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Goh Leong San (Duyong), Lim Jack Wong (Bachang) dan Chin Choong Seong (Kesidang).
“Selepas beberapa pertimbangan diambil,dengan rasa kesal saya menyatakan sudah hilang keyakinan dengan Lim Guan Eng dan kepimpinan tertinggi dalam mengendalikan isu luaran dan dalaman parti.
“Saya juga tidak boleh menerima dengan politik yang DAP ambil,” katanya seperti dilaporkan NST, hari ini.
Tong Him berkata, matlamat dan objektif DAP pada masa kini juga sudah berubah daripada matlamat asalnya.
Bagaimanapun, beliau berkata akan terus berkhidmat dan terus menjalankan tugasnya sebagai pemimpin dipilih rakyat.
Tong Him dan Leong San sebelum ini digantung Jawatankuasa Disiplin DAP selama setahun sejak 7 Februari 2016.
Ia ekoran tindakannya memburukkan nama parti melalui tindakan undang-undang yang menentang ahli DAP lain. #sumber
Kecewa Dengan Pucuk Pimpinan, "Empat Wakil Rakyat" DAP Keluar Parti
Sekianlah artikel Kecewa Dengan Pucuk Pimpinan, "Empat Wakil Rakyat" DAP Keluar Parti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Kecewa Dengan Pucuk Pimpinan, "Empat Wakil Rakyat" DAP Keluar Parti linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/kecewa-dengan-pucuk-pimpinan-empat.html
0 Response to "Kecewa Dengan Pucuk Pimpinan, "Empat Wakil Rakyat" DAP Keluar Parti"
Posting Komentar