"Himpunan RUU355": Jamil Khir Baharom Sampai Salam PM, TPM

"Himpunan RUU355": Jamil Khir Baharom Sampai Salam PM, TPM - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Himpunan RUU355": Jamil Khir Baharom Sampai Salam PM, TPM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Himpunan RUU355": Jamil Khir Baharom Sampai Salam PM, TPM
link : "Himpunan RUU355": Jamil Khir Baharom Sampai Salam PM, TPM

Baca juga


"Himpunan RUU355": Jamil Khir Baharom Sampai Salam PM, TPM


KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menepati janjinya apabila hadir ke Himpunan RUU 355.

Jamil Khir dilihat di pentas utama di Padang Merbok pada pukul 7.45 petang ketika hujan renyai, bersama timbalannya Datuk Dr Asyraf Wajdi.

Beliau yang memakai baju warna ungu sebagai tanda sokongan terhadap perhimpunan ini telah disambut baik oleh peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik.

Tidak lama kemudian beliau tampil di hadapan pentas untuk menyampaikan tazkirah khas.
Jamil Khir memulakan ucapannya dengan menyampaikan salam daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada semua peserta himpunan.

"Sebelum bertolak ke sini saya berjumpa perdana menteri walaupun pada Rabu lepas beliau sudah izinkan saya wakilkan semua untuk sama-sama mengangkat martabat Mahkamah Syariah.

"Sebelum bertolak perdana menteri dan timbalan perdana menteri minta saya sampaikan salam dengan lafaz Assalamualaikum kepada tuan-tuan dan puan-puan," katanya kepada seluruh peserta himpunan.

Jamil Khir dalam ucapannya berkata pindaan akta pada kali ini telah mencetuskan satu polemik yang panjang, berbeza dengan pindaan yang pernah dibuat pada tahun 1984.
"Jika tahun 1984 tak ada masalah di Parlimen, sesama masyarakat atau siapa-siapa kenapa pada 2016 untuk buat pindaan sampai terpaksa adakan perhimpunan macam ni.

"Kenapa terlalu sukar, orang Islam tak ambil mana-mana hal orang lain pun," katanya.
Beliau berkata umat Islam tidak harus melihat perkara ini dari kaca mata politik, sebaliknya melihatnya dari kaca mata umat Islam untuk mengangkat martabat Mahkamah Syariah.

"Timbul pelbagai persoalan contohnya ini adalah pintu belakang hudud atau sebahagian daripada hudud sedangkan kita amat faham ini berkaitan hal bersabit qazaf, murtad, arak dan zina yang telah sedia ada," katanya. #sumber



"Himpunan RUU355": Jamil Khir Baharom Sampai Salam PM, TPM

Sekianlah artikel "Himpunan RUU355": Jamil Khir Baharom Sampai Salam PM, TPM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca "Himpunan RUU355": Jamil Khir Baharom Sampai Salam PM, TPM linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/himpunan-ruu355-jamil-khir-baharom.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to ""Himpunan RUU355": Jamil Khir Baharom Sampai Salam PM, TPM"

Posting Komentar