Judul : Fuziah: PTG & Exco Sengaja Pejam Mata Isu Lombong Bauksit Haram
link : Fuziah: PTG & Exco Sengaja Pejam Mata Isu Lombong Bauksit Haram
Fuziah: PTG & Exco Sengaja Pejam Mata Isu Lombong Bauksit Haram
KUANTAN: Ahli Parlimen Kuantan mendakwa Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan exco kerajaan negeri sengaja pejam mata dengan aktiviti melombong bauksit secara haram di daerah ini.
Fuziah Salleh berkata, walaupun kegiatan itu dijalankan di tanah milik persendirian, tetapi PTG dan exco atau kerajaan negeri masih mempunyai kuasa menghalang perlombongan bauksit.
Katanya, pendedahan daripada kerajaan hanya diberi kebenaran mengeluarkan laterit bukannya bauksit, seolah-olah cuba menafikan aktiviti perlombongan di kawasan terbabit.
“Takkanlah PTG dan exco terlalu naif dan tak tahu perkara tersebut? Inilah modus operandi digunakan oleh pelombong untuk ‘cover up’ operasi atau memang dah berpakat?.
“Sekarang ini bila dah makan jiwa, mulalah nafikan, manipulasi dengan perkataan yang tidak guna perkataan melombong...lepas tu senang-senang tolak tanggungjawab dan kata lombong haram,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Exco Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Shahaniza Shamsuddin bahawa kerajaan tidak pernah mengeluarkan kebenaran kepada pengusaha lombong bauksit yang meragut nyawa tiga kanak-kanak di Taman Sungai Karang Jaya, 14 Februari lalu.
Shahaniza berkata, mengikut laporan awal PTG negeri, kebenaran hanya diberikan untuk aktiviti mengeluarkan laterit.
Bagaimanapun, Fuziah mempersoalkannya kerana lesen tidak perlu dikeluarkan untuk menjalankan aktiviti perlombongan di daerah ini.
“Lagipun tanah tersebut milik ramai individu. Tak boleh diberikan kebenaran melombong sebab pemilik sendiri tak memohon. Maka pelombong hanya memajak tanah dari tuan tanah. Tuan tanah pula gelap mata bila di tawarkan duit berkepuk dan tidak fikir panjang,” katanya.#sumber
Fuziah: PTG & Exco Sengaja Pejam Mata Isu Lombong Bauksit Haram
Sekianlah artikel Fuziah: PTG & Exco Sengaja Pejam Mata Isu Lombong Bauksit Haram kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Fuziah: PTG & Exco Sengaja Pejam Mata Isu Lombong Bauksit Haram linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/fuziah-ptg-exco-sengaja-pejam-mata-isu.html
0 Response to "Fuziah: PTG & Exco Sengaja Pejam Mata Isu Lombong Bauksit Haram"
Posting Komentar