Judul : Dua wanita bunuh Kim Jong Nam ditemui mati
link : Dua wanita bunuh Kim Jong Nam ditemui mati
Dua wanita bunuh Kim Jong Nam ditemui mati
ANTARAPOS.COMSEOUL: Dua wanita disyaki pembunuh abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un didakwa ditemui mati, menurut laporan ketua biro ABC News, Joohee Cho, di sini.
Wakil Channel News Asia, Michiyo Ishida turut melaporkan mayat kedua-dua yang membunuh Kim Jong Nam itu ditemui dengan memetik laman berita Kyodo News dari Jepun.
Rakaman kamera litar tertutup CCTV turut menunjukkan salah seorang pembunuh di lokasi kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) yang tersebar meluas.
Dia mempunyai rambut panjang sehingga ke bahu dan memakai skirt dengan baju berwarna cerah dengan perkataan 'LOL' di bahagian depan dan sedang membawa satu beg tangan.
Sebelum ini, amalan oleh ejen khas Korea Utara untuk membunuh diri selepas menamatkan misi mereka sudah pernah dilihat beberapa kali.
Contohnya adalah Kim Hyun-hee, pengebom pesawat Korea Selatan pada 1987 yang mengikut arahan rejim Korea Utara.
Selepas melakukan tugasan yang menyebabkan 115 penumpang maut, Hyun-hee cuba membunuh diri tetapi gagal.
Sementara itu, jurucakap polis Malaysia, Fadzil Ahmat beranggapan Jong Nam mungkin diracun menggunakan sehelai kain.
"Mangsa merasakan seseorang memegang muka beliau dari belakang.
Beliau kemudian merasa pening," kata pegawai polis itu. "Selepas diserang, beliau meminta bantuan di kaunter KLIA. Kami tidak pasti ia kain atau jarum."
Dua wanita bunuh Kim Jong Nam ditemui mati
Sekianlah artikel Dua wanita bunuh Kim Jong Nam ditemui mati kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Dua wanita bunuh Kim Jong Nam ditemui mati linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/dua-wanita-bunuh-kim-jong-nam-ditemui.html
0 Response to "Dua wanita bunuh Kim Jong Nam ditemui mati"
Posting Komentar