Judul : Datuk Zaid Ibrahim Akan Umum "Rancangan Politiknya" Minggu Depan
link : Datuk Zaid Ibrahim Akan Umum "Rancangan Politiknya" Minggu Depan
Datuk Zaid Ibrahim Akan Umum "Rancangan Politiknya" Minggu Depan
PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim menerusi video di blognya yang dimuat naik di Facebook hari ini berkata beliau akan mengumumkan rancangan masa depan politiknya pada minggu depan.
“Saya terima panggilan daripada rakan-rakan tanya sama ada saya akan masuk DAP atau adakah sudah jadi ahli DAP dan kenapa.
“Saya akan jelaskan semua ini pada Selasa,” katanya.
Dalam tempoh seminggu lalu, khabar angin tersebar luas mengatakan Zaid menyertai DAP.
Dalam satu laporan di portal Malaysiakini hari ini, memetik sumber dalam DAP, mengesahkan parti itu sudah menerima Zaid.
Zaid, 66, ialah bekas ahli Umno. Beliau keluar parti pada 2009 dan setahun selepas itu, menyertai PKR tetapi kemudian turut keluar parti berkenaan.
Beliau kemudian menubuhkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita). Dua tahun kemudian pada 2012, Zaid meletak jawatan daripada Kita dan tidak lagi aktif dalam mana-mana parti politik.
Bagaimanapun, Zaid terus menawarkan pandangan politiknya kepada pihak tertentu sehingga baru-baru ini, beliau memberitahu kemungkinan untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
Dalam videonya di blog itu, Zaid berkata beliau rasa perlu untuk bertanding supaya dapat membantuk Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum depan.
“Dan saya rasa bertanggungjawab untuk tolong Dr Mahathir (Mohamad). Jika bantuan ini memerlukan saya bertanding, maka saya perlu masuk parti yang besar.
“Saya rasa orang Melayu dan rakyat Malaysia akan bertuah jika Pakatan Harapan menang,” katanya.
Zaid menolak kemungkinan menyertai sama ada Umno atau PAS, berkata Umno menyalahgunakan kuasanya sementara PAS “parti keliru”.
“Mereka (pemimpin PAS) cakap fasal seks, poligami, makanan halal ke haram dan baju ketat.
“Tapi kita perlukan parti yang fikir isu besar untuk bantu dalam kehidupan seharian kita, pendidikan kita, peluang pekerjaan, ekonomi dan masa depan negara.
“Jadi, saya akan masuk parti yang saya fikir boleh membawa naratif baharu, satu perubahan dan perkara yang dibincangkan penting untuk semua rakyat Malaysia,” katanya. #sumber
Datuk Zaid Ibrahim Akan Umum "Rancangan Politiknya" Minggu Depan
Sekianlah artikel Datuk Zaid Ibrahim Akan Umum "Rancangan Politiknya" Minggu Depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Datuk Zaid Ibrahim Akan Umum "Rancangan Politiknya" Minggu Depan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/datuk-zaid-ibrahim-akan-umum-rancangan.html
0 Response to "Datuk Zaid Ibrahim Akan Umum "Rancangan Politiknya" Minggu Depan"
Posting Komentar