Judul : BN: Tony Pua & Wan Azizah Patut Minta Maaf Cuba Kelirukan Harga Minyak
link : BN: Tony Pua & Wan Azizah Patut Minta Maaf Cuba Kelirukan Harga Minyak
BN: Tony Pua & Wan Azizah Patut Minta Maaf Cuba Kelirukan Harga Minyak
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) membidas pembangkang kerana memutarbelitkan kenyataan mengenai kenaikan harga bahan api dan meminta mereka memohon maaf kepada umum kerana memberi maklumat yang mengelirukan.
Pasukan Komunikasi Strategik BN berkata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat kenyataan yang bercanggah mengenai isu itu baru-baru ini.
“Dua hari lepas, Pua dan Wan Azizah berkata kerajaan tidak mempunyai alasan untuk menaikkan harga runcit petrol pada Februari kerana harga minyak mentah jatuh pada Januari.
“Hari ini, selepas diberitahu oleh kami harga petrol berdasarkan harga minyak yang ditapis dan bukan minyak mentah, Pua dalam satu kenyataan hari ini tiba-tiba bersetuju dan mengaku harga minyak ditapis meningkat pada Januari berbanding bulan sebelumnya.
“Ini bermakna kenyataan Pua dan Wan Azizah sebelum ini yang tiada alasan bagi menaikkan harga minyak adalah salah,” kata pasukan itu dalam satu kenyataan, malam tadi.
Pasukan itu juga menasihatkan Pua untuk lebih memahami realiti ekonomi dan pasaran mengenai harga petrol sebelum membuat kenyataan tidak berasas atau pengiraan yang bukan saja tidak benar, tetapi sengaja direka untuk mengelirukan dan menghasut rakyat Malaysia.
“Pua membuat kiraan purata harga MOPS95 bagi Disember 2016 ialah AS$66,55 (RM294.42) setong. Ini bermakna RM1.8753 seliter pada kadar tukaran AS$1 kepada RM4.48 ketika itu.
“Pengiraan yang dibuat mengenai purata harga MOPS95 bagi Disember 2016 agak betul tetapi salah bagi purata kadar tukaran wang berdasarkan angka rasmi kadar tukaran wang oleh Bank Negara.
“Purata kadar tukaran wang untuk hari-hari urus niaga MOP pada Disember 2016 ialah AS$1 kepada RM4.4599 dan bukan RM4.48 seperti diberikan Pua, ” kata kenyataan itu.
MOPS (Mean of Platts Singapore) ialah sistem penilaian harga bagi penetapan harga minyak petrol dan diesel.
Pasukan itu berkata Pua juga gagal untuk menyedari hakikat pemandu tidak perlu mengepam petrol secara terus daripada loji penapisan, sambil menegaskan petrol perlu dibeli syarikat minyak, dipasarkan dan dipam di stesen minyak, semuanya melibatkan kos.
Katanya, butiran caj bagi RON95 diperincikan secara jelas oleh Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM) kerajaan sejak April 1983.
“Ia merangkumi 5 sen ‘Alpha’ untuk variasi harga pada masa dibeli daripada loji penapisan, 9.54 sen bagi kos pengangkutan dan pemasaran, 5 sen margin bagi syarikat minyak dan 12.19 sen margin bagi stesen minyak.
“Oleh itu, kiraan Pua iaitu RM1.8753 seliter bagi Disember yang menentukan harga bagi Januari 2017 adalah salah,” katanya.
Menurutnya, harga APM termasuk margin dan kos ditetapkan bagi Januari 2017 ialah RM2.19 seliter, iaitu 9 sen lebih mahal daripada harga runcit RM2.10 bagi bulan itu.
Pasukan itu berkata Pua juga cuba mengira harga runcit bagi Februari dan mendakwa harga purata MOPS95 lebih tinggi sedikit pada AS$68.820 (RM304.46) setong pada Januari, diterjemahkan kepada RM1.9130 seliter berdasarkan kadar purata tukaran wang AS$1 kepada RM4.42.
“Bagaimanapun, beliau salah dalam membuat kiraan bagi harga purata MOPS dan kadar tukaran wang. Kadar purata tukaran wang bagi Januari 2017 sepatutnya RM4.45, bukannya RM4.42 seperti didakwa Pua,” katanya.
Selain itu, katanya harga RM1.9130 seliter dikira Pua itu juga tidak termasuk margin dan kos APM dan harga APM bagi Februari 2017 sepatutnya RM2.262 seliter, iaitu 3.8 sen lebih rendah daripada harga runcit RM2.30 bagi Februari 2017.
“Fakta terdapat 9 sen bayaran kurang pada Januari dan 3.8 sen terlebih bayar pada Februari menunjukkan kenapa perlunya pengapungan terurus dilaksanakan.
“Tanpa amalan kesederhanaan ini, harga petrol RON95 akan naik 30 sen dari Disember ke Januari dan 10 sen dari Januari ke Februari. Bagaimanapun, dengan pengapungan terurus ini, harga petrol sebaliknya naik 20 sen bagi Januari dan Februari,” katanya.
“Tanpa amalan kesederhanaan ini, harga petrol RON95 akan naik 30 sen dari Disember ke Januari dan 10 sen dari Januari ke Februari. Bagaimanapun, dengan pengapungan terurus ini, harga petrol sebaliknya naik 20 sen bagi Januari dan Februari,” katanya.
Pasukan itu berkata menerusi sistem pengapungan terurus dan sistem APM, harga akan naik dan turun berdasarkan harga petrol ditapis global, dengan itu harga bulanan petrol tidak sepatutnya menjadi isu untuk dipolitikkan pembangkang setiap bulan.
Selain itu, mereka berkata Malaysia secara konsisten berada dalam ranking antara 14 negara teratas bagi harga runcit petrol termurah dalam kalangan 180 negara di dunia. #sumber
BN: Tony Pua & Wan Azizah Patut Minta Maaf Cuba Kelirukan Harga Minyak
Sekianlah artikel BN: Tony Pua & Wan Azizah Patut Minta Maaf Cuba Kelirukan Harga Minyak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca BN: Tony Pua & Wan Azizah Patut Minta Maaf Cuba Kelirukan Harga Minyak linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/bn-tony-pua-wan-azizah-patut-minta-maaf.html
0 Response to "BN: Tony Pua & Wan Azizah Patut Minta Maaf Cuba Kelirukan Harga Minyak"
Posting Komentar