Judul : Azmin Ali Redah Kubu BN, Santuni Rakyat Negeri Pahang Di Bentong
link : Azmin Ali Redah Kubu BN, Santuni Rakyat Negeri Pahang Di Bentong
Azmin Ali Redah Kubu BN, Santuni Rakyat Negeri Pahang Di Bentong
BENTONG: Melangkaui sempadan negeri, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengambil peluang beramah-mesra bersama masyarakat Pahang sempena Program Minum Petang bersama Menteri Besar, di sini, petang Sabtu lalu.
Pengisian program tertumpu kepada inisiatif Menteri Besar mendekati masyarakat Pahang bagi menyantuni dan mendengar sendiri permasalahan setempat.
Sebelumnya, Mohamed Azmin yang lengkap berbaju Melayu tiba di Pejabat Cabang KEADILAN Desa Damai jam 2.30 petang, diiringi Setiausaha Politiknya, Suhaimi Shafiei.
Mohamed Azmin dalam ucapannya berkata, beliau mengambil pendirian terbuka untuk terus mendekati rakyat walaupun berbeza fahaman politik.
“Kita ambil pendirian terbuka menggunakan medan politik secara matang untuk bawa agenda politik tanpa wujud amalan memaki hamun.
“Keutamaannya kami membawa politik nilai dan ada maruah juga integriti tinggi untuk membawa agenda reformasi menuntut perubahan negara.
“Hasrat saya turun mendekati rakyat bagi membawa perubahan kerana negara kita ini dalam keadaan parah yang belum pernah berlaku dalam sejarah negara,” katanya. #sumber
Azmin Ali Redah Kubu BN, Santuni Rakyat Negeri Pahang Di Bentong
Sekianlah artikel Azmin Ali Redah Kubu BN, Santuni Rakyat Negeri Pahang Di Bentong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Azmin Ali Redah Kubu BN, Santuni Rakyat Negeri Pahang Di Bentong linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/azmin-ali-redah-kubu-bn-santuni-rakyat.html
0 Response to "Azmin Ali Redah Kubu BN, Santuni Rakyat Negeri Pahang Di Bentong"
Posting Komentar