Anwar Ibrahim Boleh Aktif Politik, Jika Peroleh Pengampunan DiRaja

Anwar Ibrahim Boleh Aktif Politik, Jika Peroleh Pengampunan DiRaja - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar Ibrahim Boleh Aktif Politik, Jika Peroleh Pengampunan DiRaja, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar Ibrahim Boleh Aktif Politik, Jika Peroleh Pengampunan DiRaja
link : Anwar Ibrahim Boleh Aktif Politik, Jika Peroleh Pengampunan DiRaja

Baca juga


Anwar Ibrahim Boleh Aktif Politik, Jika Peroleh Pengampunan DiRaja


SUNGAI BULOH: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh terus menyertai parti politik tanpa perlu menunggu tempoh lima tahun sekiranya mendapat pengampunan diraja.
Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa, berkata ini kerana rekod seseorang yang pernah disabitkan di mahkamah tidak disenaraihitamkan sekiranya mendapat pengampunan diraja.
“Pada 10 Jun 2018 genaplah 11 tahun dan empat bulan Anwar berada dalam penjara sejak dia mahasiswa lagi. Kita tak perlu menunggu hingga ke tarikh itu untuk membebaskan Anwar dengan menggunakan syarat berkelakuan baik.
“Kita boleh ikut saluran undang-undang apabila Anwar dapat pengampunan diraja, isu sabitan dikenakan ke atasnya seolah-olah tak berlaku, rekodnya bersih,” kata Sivarasa yang juga seorang peguam pada pada program Rumah Terbuka Muhibbah #BebasAnwar di hadapan Penjara Sungai Buloh di sini, malam kelmarin.
Jelasnya, rakyat dan pemimpin Pakatan tidak perlu bimbang mengenai kelayakan Anwar melibatkan diri dalam politik selepas dibebaskan kerana perkara itu boleh diatasi dengan mengikut saluran undang-undang yang ada.
Bagaimanapun jelasnya, perkara itu hanya boleh dilaksanakan jika Pakatan berjaya menumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Untuk rekod, Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan menyatakan seseorang hilang kelayakkan selama lima tahun untuk dipilih sebagai wakil rakyat jika disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara lebih setahun dan denda melebihi RM2,000.
Peruntukan sama juga terkandung dalam undang-undang semua negeri. #sumber



Anwar Ibrahim Boleh Aktif Politik, Jika Peroleh Pengampunan DiRaja

Sekianlah artikel Anwar Ibrahim Boleh Aktif Politik, Jika Peroleh Pengampunan DiRaja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Anwar Ibrahim Boleh Aktif Politik, Jika Peroleh Pengampunan DiRaja linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/anwar-ibrahim-boleh-aktif-politik-jika.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Anwar Ibrahim Boleh Aktif Politik, Jika Peroleh Pengampunan DiRaja"

Posting Komentar