Agihan kerusi PH-PPBM tak lancar tanpa PAS, kata penganalisis

Agihan kerusi PH-PPBM tak lancar tanpa PAS, kata penganalisis - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Agihan kerusi PH-PPBM tak lancar tanpa PAS, kata penganalisis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Agihan kerusi PH-PPBM tak lancar tanpa PAS, kata penganalisis
link : Agihan kerusi PH-PPBM tak lancar tanpa PAS, kata penganalisis

Baca juga


Agihan kerusi PH-PPBM tak lancar tanpa PAS, kata penganalisis

Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pemerhati politik membayangkan agihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) demi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak akan berjalan lancar dengan ketiadaan PAS.
 
Menurut Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali, malah akan timbul kerumitan sekiranya PAS ingin menyertai agihan kerusi sesama pakatan pembangkang selepas perbincangan yang akan dibuat esok. 
 
"Kalau dah agihkan kerusi (PH-PPBM) dan PAS sertai selepas tu, jadi akan timbul masalah. Kalau dah diagih begitu rupa dan dimeterai perjanjian macam tu dan masuk lagi parti baru mungkin mereka bermasalah sebab macam mana nak agihkan semula? 
 
"(Perjanjian) Sebelum ni mungkin dah janji PH berapa (kerusi) dan Bersatu (PPBM) berapa, kemudian masuk sebuah parti lain jadi sudah tentulah ada di kalangan ahli parti itu samada bersetuju atau tak. Tetapi mereka kena setujulah, jadi ini merumitkan lagi," katanya kepada Antarapos.
 
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail memberitahu bahawa PH dan PPBM akan membincangkan soal pengagihan kerusi di antara gabungan itu esok.
 
Perbincangan agihan kerusi itu tidak menyebut tentang PAS, sekaligus berkemungkinan parti itu tidak akan turut serta. 
 
Untuk rekod, PH dan PPBM menandatangani perjanjian kerjasama politik pada 13 Disember lepas, yang bertujuan meletakkan satu calon mewakili gandingan itu pada pilihan raya akan datang.
 
Pada awal Februari lalu, PPBM mengadakan pertemuan dengan PAS bagi membincangkan rundingan ke arah menghadapi pilihan raya, namun sehingga kini tiada kata putus bersabit perkara tersebut.
 
Tambah Fuad lagi, langkah agihan kerusi ini mungkin diambil pakatan pembangkang kerana mengambil kira tempoh pilihan raya yang semakin hampir.
 
"Saya rasa perbincangan ini dibuat kerana masa pilihan raya tu bakal menjelma jadi sudah tentu mereka nak memastikan sekurang-kurangnya empat parti ini duduk bersama dan menggagihkan kerusi mereka," katanya.
 
Mengulas mengenai kerjasama PPBM dengan PAS, Fuad berkata dengan adanya perbincangan agihan kerusi PH-PPBM ini ia mungkin menjejaskan rundingan PAS-PPBM. 
 
"Prinsip PAS kalau kita lihat mereka tak akan bersama BERSATU (PPBM) sekiranya DAP, Amanah bersama mereka. Jika mereka dah putuskan untuk agih kerusi, Amanah, DAP, PKR maka BERSATU (PPBM) seolah-olah telah bersama dengan PH. Jadi sudah tentu ini lebih merumitkan perbincangan antara PAS-BERSATU (PPBM)," ujar beliau.



Agihan kerusi PH-PPBM tak lancar tanpa PAS, kata penganalisis

Sekianlah artikel Agihan kerusi PH-PPBM tak lancar tanpa PAS, kata penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Agihan kerusi PH-PPBM tak lancar tanpa PAS, kata penganalisis linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/agihan-kerusi-ph-ppbm-tak-lancar-tanpa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Agihan kerusi PH-PPBM tak lancar tanpa PAS, kata penganalisis"

Posting Komentar