Adam Rosli dipanggil 'menjawab' soalan SPRM

Adam Rosli dipanggil 'menjawab' soalan SPRM - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adam Rosli dipanggil 'menjawab' soalan SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adam Rosli dipanggil 'menjawab' soalan SPRM
link : Adam Rosli dipanggil 'menjawab' soalan SPRM

Baca juga


Adam Rosli dipanggil 'menjawab' soalan SPRM

Ingat lagi Adam Rosly...? tuan punya rumah ala disneyland di Ampang... hari ini beliau dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan bersabit dakwaan memiliki kekayaan 'luar biasa' yang didedahkan seorang pemimpin sebelum ini.
 
Adam, 29, hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, pada kira-kira jam 8.15 pagi dengan diiringi dua pegawai peribadinya.
 
Beliau keluar dari bangunan berkenaan selepas empat jam memberi keterangan.
 
Mengulas mengenai siasatan yang dilakukan SPRM, pemuda itu berkata siasatan merangkumi pelbagai perkara termasuk punca pendapatannya. 
 
Beliau dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada SPRM kerana melakukan siasatan secara telus dan sangat profesional.
 
Kontroversi kekayaan Adam bermula selepas ia 'dibongkar' pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos, pada November tahun lalu. 
 
Bagi membuktikan dakwaannya itu, Jamal turut membawa beberapa orang wartawan menaiki helikopter bagi meninjau kediaman mewah milik Adam di Ampang yang dianggarkan berjumlah lebih RM7 juta.
 
Adam bagimanapun memberitahu pemberita rumah mewahnya itu dibeli dengan harga RM1 juta menerusi proses lelongan bank.
 
Ekoran pendedahan itu, Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo membuat laporan kepada SPRM menggesa siasatan dilakukan terhadap kekayaan luar biasa pada usia muda Adam. 
 
Ismail berkata, melihat kepada sejarah keluarga dan pekerjaan, agak mustahil untuk Adam memiliki kekayaan luar biasa seperti sekarang iaitu mempunyai banglo dan pelbagai kereta mewah.


Adam Rosli dipanggil 'menjawab' soalan SPRM

Sekianlah artikel Adam Rosli dipanggil 'menjawab' soalan SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Adam Rosli dipanggil 'menjawab' soalan SPRM linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/adam-rosli-dipanggil-menjawab-soalan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Adam Rosli dipanggil 'menjawab' soalan SPRM"

Posting Komentar