Judul : Zahid: Malaysia Akan Belajar Dari China, Turunkan Kadar Jenayah !
link : Zahid: Malaysia Akan Belajar Dari China, Turunkan Kadar Jenayah !
Zahid: Malaysia Akan Belajar Dari China, Turunkan Kadar Jenayah !
KUNMING: China berjaya menurunkan kadar jenayahnya dengan ketara sejak beberapa dekad lalu, disebabkan pelaburannya yang banyak tertumpu kepada usaha membangunkan aset canggih bagi memperkasa aspek kawalan keselamatannya.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata ia adalah kejayaan besar bagi sebuah negara dengan penduduk 1.3 bilion dalam aspek kawalan keselamatan dan ketenteraman awam yang boleh diteladani Malaysia.
Beliau berkata China juga berminat menghantar pegawainya untuk berkongsi pengalaman Malaysia dalam menangani isu keganasan, terutama dalam aspek pemulihan, kerana sebagaimana Malaysia, negara itu turut berdepan masalah berkaitan keganasan terutama di bahagian utara Wilayah Yunnan ini.
“Dalam aspek pemulihan ini.., hakikatnya Malaysia boleh berkongsi pengalaman melakukan ‘deradikalisi’ banduan, yang akan dipelajari pihak berkuasa China,” katanya dalam satu persidangan media pada hari terakhir lawatan kerjanya ke China, di sebuah hotel di sini hari ini.
Katanya walaupun China memiliki prosedur sendiri dalam “memulihkan” banduan dari kalangan pengganas, namun pendekatan Malaysia dilihat lebih menyeluruh, membabitkan semua aspek dari segi psikologi, termasuk membabitkan khidmat kaunselor, para ulama dan pendekatan agama.
Zahid berkata kejayaan China menurunkan kadar jenayah dalam negara juga dilihat berpunca daripada kesanggupannya membuat pelaburan tinggi dalam aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D), di samping membangunkan sistem mantap yang dilengkapi aset canggih dalam memantau setiap pergerakan di kawasan yang dilihat mempunyai kadar jenayah tinggi.
Beliau berkata dengan kerjasama pihak swasta, aset seperti kamera litar tertutup berdefinisi tinggi (HD CCTV) dan CCTV pengesan boleh ditempatkan di banyak tempat, manakala di pihak kerajaan, selain membanyakkan bilangan anggota, para penguat kuasa mereka turut diberikan latihan secukupnya dan berdisiplin tinggi.
Sementara itu, tmbalan perdana menteri berkata China turut menghadapi masalah berkaitan penyalahgunaan dadah, di mana menurutnya 51% daripada banduan dalam penjaranya adalah dari kalangan penjenayah yang melakukan kesalahan berkaitan dengan dadah.
Zahid berkata daripada pemerhatiannya, beliau menyimpulkan 5 aspek utama yang perlu diambil kira dalam memastikan kejayaan usaha menurunkan kadar jenayah, iaitu polisi; komitmen pegawai di pihak penguatkuasaan; perundangan dan peraturan yang ketat; jumlah anggota penguatkuasa; dan penambahan asset.
Ditanya sekiranya beliau akan mengusulkan supaya tambahan peruntukan diberikan dalam bajet akan datang bagi tujuan memantapkan aset serta keanggotaan badan-badan penguatkuasaan, beliau berkata perkara itu “sudah hampir pasti”,namun perkara itu perlu dibincangkan dengan lebih lanjut sebelum dimuktamadkan nanti.
Zahid berkata di Malaysia, kerajaan menggalakkan premis perniagaan memasang CCTV di kawasan premis mereka, namun kebanyakan yang dipasang masih menggunakan sistem analog, tidak disambungkan ke stesen polis, dan juga bukan berbentuk menjejak penjenayah. #sumber
Zahid: Malaysia Akan Belajar Dari China, Turunkan Kadar Jenayah !
Sekianlah artikel Zahid: Malaysia Akan Belajar Dari China, Turunkan Kadar Jenayah ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Zahid: Malaysia Akan Belajar Dari China, Turunkan Kadar Jenayah ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/zahid-malaysia-akan-belajar-dari-china.html
0 Response to "Zahid: Malaysia Akan Belajar Dari China, Turunkan Kadar Jenayah !"
Posting Komentar