Judul : Tiada limpahan di Empangan Pergau –TNB
link : Tiada limpahan di Empangan Pergau –TNB
Tiada limpahan di Empangan Pergau –TNB
SHAH ALAM - Dakwaan di media sosial berlaku limpahan air takungan dari Empangan Hidroelektrik Pergau adalah tidak benar.
Pegawai Korporat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Wira Roslan Ab Rahman berkata, sebaliknya empangan itu hanya menerima peningkatan paras air.
"Kami ingin menjelaskan bahawa walaupun paras air di empangan tersebut meningkat akibat taburan hujan yang tinggi di negeri Kelantan sekarang ianya masih belum mencecah tahap limpahan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, sehingga jam 3.00 petang ini, air di empangan berkenaan keluar secara terkawal seperti kebiasaannya untuk tujuan penjanaan.
"Empangan Pergau juga tiada perkaitan dengan Empangan di Sukirin, Narathiwat Thailand seperti yang diviralkan di media sosial," katanya.
Oleh itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam menyebarkan sebarang berita dan perlu memastikan kesahihan berita itu sebelum disebarkan
Tiada limpahan di Empangan Pergau –TNB
Sekianlah artikel Tiada limpahan di Empangan Pergau –TNB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Tiada limpahan di Empangan Pergau –TNB linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/tiada-limpahan-di-empangan-pergau-tnb.html
0 Response to "Tiada limpahan di Empangan Pergau –TNB"
Posting Komentar