Judul : Tandas Khas Untuk Orang Islam? Pengendali LPT2 Memohon Maaf
link : Tandas Khas Untuk Orang Islam? Pengendali LPT2 Memohon Maaf
Tandas Khas Untuk Orang Islam? Pengendali LPT2 Memohon Maaf
PETALING JAYA: Sebuah tandas awam yang dikhaskan sebagai “Tandas Muslimin” mencetuskan pelbagai reaksi baru-baru ini, dan hari ini pengendali Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di mana tandas itu terletak memohon maaf atas “kekeliruan yang timbul”.
LPT2 Sdn Bhd turut mengesahkan gambar papan tanda “Tandas Muslimin” yang viral menerusi di media sosial, terletak di R&R Bukit Besi (Arah Selatan) bagi menggantikan papan tanda rosak.
Dalam kenyataan kepada FMT, syarikat itu berkata kontraktor yang dilantik menggantikan papan tanda itu tidak merujuk kepada pihaknya terlebih dahulu.
“LPT2 memohon maaf atas kekeliruan yang timbul ekoran pemasangan papan tanda gantian tersebut dan akan terus mengadakan pemantauan agar perkara sedemikian tidak berulang lagi pada masa yang akan datang.”
Gambar papan tanda itu yang viral ini di media sosial mendapat kecaman daripada netizen yang menyifatkannya sebagai perkauman. #sumber
Tandas Khas Untuk Orang Islam? Pengendali LPT2 Memohon Maaf
Sekianlah artikel Tandas Khas Untuk Orang Islam? Pengendali LPT2 Memohon Maaf kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Tandas Khas Untuk Orang Islam? Pengendali LPT2 Memohon Maaf linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/tandas-khas-untuk-orang-islam.html
0 Response to "Tandas Khas Untuk Orang Islam? Pengendali LPT2 Memohon Maaf"
Posting Komentar