Judul : Tan Sri Irwan Serigar, KSU Penbendaharaan Buat Lawak
link : Tan Sri Irwan Serigar, KSU Penbendaharaan Buat Lawak
Tan Sri Irwan Serigar, KSU Penbendaharaan Buat Lawak
Tan Sri Irwan Serigar, KSU Penbendaharaan Buat Lawak. Ketua setiausaha Perbendaharaan hari ini menyangkal khabar angin kononnya negara menuju ke arah kemelesetan ekonomi, menyalahkan “bunyi-bunyian” negatif yang menjejaskan matawang dan ekonomi negara.
Tan Sri Irwan Serigar Abdullah berkata ekonomi Malaysia sebenarnya bertumbuh dengan jangkaan tahunan 4.5% hingga 5%.
Tan Sri Irwan Serigar, KSU Penbendaharaan Buat Lawak. “Kita menyasarkan defisit 3.1% dan kita berada di landasan ke arah mencapainya.
“Kami mempunyai semua program yang diatur untuk mencapai matlamat ini,” katanya pada sidang media membincangkan isu sekitar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Kementerian Kewangan hari ini.
Ketika ditanya mengapa masih ada aduan mengenai kos sara hidup yang tinggi jika benar ekonomi bertumbuh dengan baik, Irwan berkata ia disebabkan oleh media alternatif yang memberi gambaran buruk mengenai ekonomi negara.
Jelasnya, kerajaan memastikan semua kemudahan asas dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
“Jangan salahkan GST. Salahkan pedagang. Mereka yang mengaut keuntungan. Perkara ini perlu ditangani melalui penguatkuasaan dan pemeriksaan.
“Kerajaan mengambil langkah melalui penguatkuasaan, memastikan harga di kedai dikekalkan pada paras yang munasabah.”
Tan Sri Irwan Serigar, KSU Penbendaharaan Buat Lawak
Beliau menepis dakwaan kos sara hidup kini tinggi kerana kadar inflasi di Malaysia antara yang terendah di rantau ini.
“Mereka kata harga lebih mahal, tetapi saya tak rasa begitu. Semasa saya di United Kingdom, harga jualan runcit petrol lebih 1 pound selitar. Satu pound bersamaan lebih RM5 seliter.
“Di Malaysia, berapa harga petrol? Perbandingan ini menunjukkan harga petrol di negara kita antara yang termurah.”
Beliau berkata masalah sekarang ini berpunca daripada rakyat yang mengambil maklumat daripada sumber yang salah.
“Netizen menulis mengenai perkara tertentu yang tidak betul. Jadi, kita perlu betulkan persepsi rakyat. Ini semua persepsi.
“Apa yang netizen perkatakan itu bukan ekonomi sebenar. Ekonomi sebenar kita kuat, berprestasi baik dan kita menguruskannya,” tambah beliau.
Tan Sri Irwan Serigar, KSU Penbendaharaan Buat Lawak
Hakikatnya, kata Irwan, restoran masih dipenuhi pelanggan dan ramai rakyat Malaysia masih melancong.
“Sebilangan orang berbunyi di media alternatif seolah-olah seluruh negara bermasalah. Kumpulan yang buat bising cuma sebilangan sahaja.”
Beliau menambah Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia “sukacita” melihat prestasi ekonomi Malaysia sekarang ini, antara beberapa negara yang menunjukkan ketahanan terhadap kelembapan ekonomi sejagat.
Tan Sri Irwan Serigar, KSU Penbendaharaan Buat Lawak. “Persepsi perlu dibetulkan, dan selepas taklimat hari ini, kalau kamu siarkan, ringgit akan mengukuh. Jadi kamu perlu selalu berikan kenyataan yang positif,” katanya. - fmt
Iklan
Tan Sri Irwan Serigar, KSU Penbendaharaan Buat Lawak
Sekianlah artikel Tan Sri Irwan Serigar, KSU Penbendaharaan Buat Lawak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Tan Sri Irwan Serigar, KSU Penbendaharaan Buat Lawak linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/tan-sri-irwan-serigar-ksu.html
0 Response to "Tan Sri Irwan Serigar, KSU Penbendaharaan Buat Lawak"
Posting Komentar