Judul : SIAPA KATA NAJIB TAK BERANI PERGI SWITZERLAND?
link : SIAPA KATA NAJIB TAK BERANI PERGI SWITZERLAND?
SIAPA KATA NAJIB TAK BERANI PERGI SWITZERLAND?
shahbudindotcom
Walaupun tidak hadir dalam Forum Ekonomi Dunia di Davos, Siwitzerland, kelibat Najib Razak tetap "muncul" di persidangan tersebut.
Sudah tentu, berikutan "kemunculan" itu, nama Najib turut menjadi bualan dan sosek-sosek di kalangan para peserta seluruh dunia yang hadir.
"Kemunculan" Najib dalam Forum Ekonomi Dunia itu adalah melalui tayangan di skrin dalam satu sessi di mana kartun Zunar telah dipaparkan untuk menggambarkan perbezaan antara Najib dengan Donald Trump, Presiden baru Amerika Syarikat.
Dalam lakaran kartun itu, Najib digambarkan menjadi bilionaire kerana jawatan Perdana Menteri yang disandangnya berikutan menerima derma sebanyak RM2.6 bilion, manakala Donald Trump pula adalah bilionaire yang berjaya menjadi Presiden Amerika Syarikat.
Sebelum ini, ketidakhadiran Najib di forum tersebut dikaitkan dengan penyiasatan yang turut dilakukan oleh Switzerland berkaitan skandal 1MDB. Peguam Negara Switzerland dilaporkan telah dua kali memohon bantuan MLA dengan negara kita, namun ditolak oleh pejabat Peguam Negara Malaysia.
Hebat kan kita ada Perdana Menteri bernama Najib...hadir atau tidak hadir, namanya tetap menjadi sebutan dan seolah-olah tidak mudah dilupakan oleh minda dunia.
Sehingga ini, tidak ada mana-mana Perdana Menteri Malaysia yang terbukti mempunyai "kehebatan" seperti Najib itu.
Tun Mahathir Mohamad yang gemilang dengan pelbagai kecemerlangan selama 22 tahun pun tak terlawan dengan "kehebatan" Najib.
SIAPA KATA NAJIB TAK BERANI PERGI SWITZERLAND?
Sekianlah artikel SIAPA KATA NAJIB TAK BERANI PERGI SWITZERLAND? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca SIAPA KATA NAJIB TAK BERANI PERGI SWITZERLAND? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/siapa-kata-najib-tak-berani-pergi.html
0 Response to "SIAPA KATA NAJIB TAK BERANI PERGI SWITZERLAND?"
Posting Komentar