Shahrir Akan Rombak Pengurusan Felda Untuk 'Selesaikan Masalah' !

Shahrir Akan Rombak Pengurusan Felda Untuk 'Selesaikan Masalah' ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Shahrir Akan Rombak Pengurusan Felda Untuk 'Selesaikan Masalah' !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Shahrir Akan Rombak Pengurusan Felda Untuk 'Selesaikan Masalah' !
link : Shahrir Akan Rombak Pengurusan Felda Untuk 'Selesaikan Masalah' !

Baca juga


Shahrir Akan Rombak Pengurusan Felda Untuk 'Selesaikan Masalah' !

JOHOR BAHRU: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bakal menyaksikan rombakan pengurusan dalam usaha agensi itu mengembalikan kedudukannya untuk meningkatkan kesejahteraan dan menyelesaikan permasalahan warganya masa kini.
Pengerusi yang baru dilantik, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, langkah itu termasuk meneliti semula barisan anggota lembaga pengarah untuk memberi nafas baharu dan nilai tambah kepada proses rombakan itu sendiri.
Beliau berkata, selain itu, model perniagaan Felda ketika ini juga perlu diteliti semula secara keseluruhan.
Bagaimanapun, katanya, rombakan tersebut perlu munasabah dan sesuai dengan matlamat yang mahu dicapai, terutama dalam mengembalikan kesejahteraan hidup warga Felda supaya lebih terjamin pada masa depan.
“Anggota lembaga (pengarah) Felda mesti kuat, dan mesti memahami segala kekuatan dan kelemahan Felda. Jadi, barulah kita tahu ke mana hala tuju Felda,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Antara yang menjadi kebimbangan peneroka Felda adalah dari segi pendapatan, beban hutang dan perumahan generasi ke-2.
Ditanya sama ada beliau turut melihat penyahsenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) pada masa depan, beliau berkata: “Kita kena tengok dulu. Dari segi faedah dan risiko serta impaknya kerana pasti ada pelbagai pandangan daripada semua pihak. Kita kena lihat pelbagai pilihan yang ada”.
Ketika ini, Felda merupakan pemegang saham majoriti dalam FGV, iaitu sebanyak 20%.
Mengenai pelantikannya sebagai pengerusi Felda, Shahrir berkata, antara perancangan awal beliau ialah melakukan lawatan kerja ke kawasan rancangan, selain bertemu pengurusan Felda mulai esok.
Ketika diminta mengulas mengenai pelantikan beliau dalam keadaan Felda dan kerajaan dikritik pihak tertentu, Shahrir berkata, beliau amat menghargai peluang itu untuk memperbaiki dan menyelesaikan masalah yang dihadapi warga Felda.
“Biasalah, orang cakap lebih mudah. Kalau kita nak kritik, nak katakan Felda ini tak baik, itu ini masalah, bercakap lebih mudah.
“Tetapi, saya sebenarnya berterima kasih kerana diberi peluang untuk menyelesaikan masalah bukannya setakat bercakap, tapi berbuat sesuatu untuk membetulkan keadaan,” katanya.
Shahrir dilantik ke dalam Felda selepas tempoh khidmat Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi tamat pada 31 Disember 2016.
Mohd Isa bagaimanapun kekal sebagai pengerusi FGV. #sumber


Shahrir Akan Rombak Pengurusan Felda Untuk 'Selesaikan Masalah' !

Sekianlah artikel Shahrir Akan Rombak Pengurusan Felda Untuk 'Selesaikan Masalah' ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Shahrir Akan Rombak Pengurusan Felda Untuk 'Selesaikan Masalah' ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/shahrir-akan-rombak-pengurusan-felda.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Shahrir Akan Rombak Pengurusan Felda Untuk 'Selesaikan Masalah' !"

Posting Komentar