Shahir: 'FIC Di Susun Semula', Ahli Lembaga Pengarah Letak Jawatan

Shahir: 'FIC Di Susun Semula', Ahli Lembaga Pengarah Letak Jawatan - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Shahir: 'FIC Di Susun Semula', Ahli Lembaga Pengarah Letak Jawatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Shahir: 'FIC Di Susun Semula', Ahli Lembaga Pengarah Letak Jawatan
link : Shahir: 'FIC Di Susun Semula', Ahli Lembaga Pengarah Letak Jawatan

Baca juga


Shahir: 'FIC Di Susun Semula', Ahli Lembaga Pengarah Letak Jawatan


KUALA LUMPUR: Semua ahli lembaga pengarah Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) diarah meletak jawatan dalam usaha untuk menyusun semula syarikat tersebut, menurut Pengerusi Felda yang baru dilantik, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
FIC merupakan anak syarikat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti perniagaan bukan perladangan.
"FIC penting kepada Felda. Saya sudah minta semua ahli lembaga FIC untuk letak jawatan," katanya dalam satu temu bual bersama Bernama.
Ini merupakan langkah pertama yang utama bagi Felda sejajar dengan pengumuman awal beliau mengenai rombakan pengurusan yang besar dalam Felda.
Perletakan jawatan oleh ahli lembaga pengarah FIC, katanya, akan membuka jalan untuk menyusun semula FIC.
"Kita kena ada pelaksanaan urus tadbir yang baik, jadi saya sudah minta (mereka) letak jawatan. (Saya akan susun semula dan) isi balik. Sekarang kita tak ada CEO pun," kata Shahrir.
FIC yang ditubuhkan pada 2 Julai, 2013 pada dasarnya terlibat dalam pembangunan hartanah, hospitaliti dan pelaburan strategik yang lain. 
Objektif utama FIC ialah memberi tumpuan terhadap perniagaan strategik melalui pemerolehan atau kolaborasi yang mungkin memberi faedah kepada syarikat dan pihak berkepentingannya dalam jangka panjang.
Menurut laman web FIC, sepanjang penubuhannya, syarikat telah menandatangani beberapa perjanjian strategik termasuk pelaburan dalam IRIS Corporation Bhd, pengambilalihan syarikat pembangunan hartanah Encorp Bhd dan pelaburan dalam Barakah Offshore Petroleum Bhd, yang menandakan penglibatan pertamanya dalam industri minyak dan gas. #sumber


Shahir: 'FIC Di Susun Semula', Ahli Lembaga Pengarah Letak Jawatan

Sekianlah artikel Shahir: 'FIC Di Susun Semula', Ahli Lembaga Pengarah Letak Jawatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Shahir: 'FIC Di Susun Semula', Ahli Lembaga Pengarah Letak Jawatan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/shahir-fic-di-susun-semula-ahli-lembaga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Shahir: 'FIC Di Susun Semula', Ahli Lembaga Pengarah Letak Jawatan"

Posting Komentar