Rayuan Keputusan Tolak Petisyen DiRaja Terhadap Anwar 18 Jan Ini

Rayuan Keputusan Tolak Petisyen DiRaja Terhadap Anwar 18 Jan Ini - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rayuan Keputusan Tolak Petisyen DiRaja Terhadap Anwar 18 Jan Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rayuan Keputusan Tolak Petisyen DiRaja Terhadap Anwar 18 Jan Ini
link : Rayuan Keputusan Tolak Petisyen DiRaja Terhadap Anwar 18 Jan Ini

Baca juga


Rayuan Keputusan Tolak Petisyen DiRaja Terhadap Anwar 18 Jan Ini

PUTRAJAYA: Rayuan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anggota keluarganya terhadap keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja atas sabitan meliwat, akan didengar di Mahkamah Rayuan 18 Januari ini.
Anwar merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 15 Julai tahun lepas yang menolak permohonannya untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan Lembaga Pengampunan.
Peguam Anwar, Shahid Adli Kamarudin memberitahu pemberita, 18 Januari ini ditetapkan bagi pendengaran rayuan itu.
Beliau berkata pihak yang terlibat - Anwar dan responden, Lembaga Pengampunan, Peguam Negara dan Kerajaan Malaysia - akan memfailkan penghujahan hari ini. Peguam Kanan Persekutuan Haryati Ahmad mewakili responden.
Perkara itu dibawa untuk pengurusan kes hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Nur Yusliana Yusoff.
Anwar, 69, sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015, mengekalkan sabitan dan hukuman kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.
Mahkamah Persekutuan juga menolak permohonan Anwar pada 14 Disember tahun lepas untuk mendapatkan semakan kehakiman ke atas keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini.
Pada 24 Jun tahun lepas, bekas ketua pembangkang itu, isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan 2 anak perempuan mereka, Nurul Izzah serta Nurul Nuha memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja bagi beliau pada 16 Mac tahun yang sama.
Mahkamah Tinggi juga menolak permohonan Anwar untuk merujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan berhubung proses yang diambil dalam keputusan Lembaga Pengampunan, pada 15 Julai tahun lepas. #sumber


Rayuan Keputusan Tolak Petisyen DiRaja Terhadap Anwar 18 Jan Ini

Sekianlah artikel Rayuan Keputusan Tolak Petisyen DiRaja Terhadap Anwar 18 Jan Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Rayuan Keputusan Tolak Petisyen DiRaja Terhadap Anwar 18 Jan Ini linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/rayuan-keputusan-tolak-petisyen-diraja.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rayuan Keputusan Tolak Petisyen DiRaja Terhadap Anwar 18 Jan Ini"

Posting Komentar