Judul : Rakyat terdesak ketuk rumah Exco mohon bantuan
link : Rakyat terdesak ketuk rumah Exco mohon bantuan
Rakyat terdesak ketuk rumah Exco mohon bantuan
OLEH ERMIZI MUHAMADSHAH ALAM: Faktor ekonomi mendesak di bawah urus tadbir Barisan Nasional (BN) terus menekan kebajikan rakyat hingga ada yang sanggup melakukan apa sahaja untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Terbaru, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad mendedahkan, rumahnya diketuk seorang lelaki yang meminta bantuan kewangan untuk membiayai perbelanjaan sekolah anaknya.
“Awal pagi tadi jam 1.21 pagi, seorang bapa mengetuk pintu pagar rumah saya untuk meminjam duit bagi membeli keperluan sekolah anaknya.
“Kebetulan saya belum tidur ketika itu kerana menghadiri mesyuarat yang habis lewat malam.
“Inilah keadaan rakayat marhaen hari ini, berhempas-pulas membesarkan anak, pejabat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak dibuka jam 1 pagi,” katanya di Facebook.
Posting itu mendapat perhatian pengguna laman sosial yang mengkritik kelemahan ekonomi Kerajaan Persekutuan.
Antaranya Shehdi Hazrik yang berharap supaya rakyat dapat menikmati kehidupan lebih baik, pada masa akan datang.
“Rakyat sedang sakit kerana tekanan dengan keperluan harian. Manusia bekerja hempas pulas bukan lagi untuk mendapat kesenangan tetapi hanya ingin meneruskan kehidupan sedia ada,” katanya.
Difahamkan lelaki terbabit menerima bantuan menerusi Pusat Khidmat DUN Chempaka.-AA-
Rakyat terdesak ketuk rumah Exco mohon bantuan
Sekianlah artikel Rakyat terdesak ketuk rumah Exco mohon bantuan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Rakyat terdesak ketuk rumah Exco mohon bantuan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/rakyat-terdesak-ketuk-rumah-exco-mohon.html
0 Response to "Rakyat terdesak ketuk rumah Exco mohon bantuan"
Posting Komentar