Judul : PPBM 'nasihat' PAS tak perlu masuk campur urusan parti
link : PPBM 'nasihat' PAS tak perlu masuk campur urusan parti
PPBM 'nasihat' PAS tak perlu masuk campur urusan parti
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: PAS diingatkan tidak perlu masuk campur dalam urusan dan struktur Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kata Ketua Penerangannya, Datuk Kamarudin Mohd Noor.
"Saya ingat beliau tak patut komen struktur parti kita. Struktur parti kita itu kita punya hal," demikian menurut Kamaruddin ketika dihubungi Antarapos.
Tuan Ibrahim pada semalam memberitahu partinya keliru dengan sikap Dr Mahathir yang dilihat berlebihan berbanding Muhyiddin dalam mengeluarkan apa-apa kenyataan membabitkan kerjasama PAS dan PPBM.
Sedangkan ujarnya, Dr Mahathir hanya sekadar penasihat parti yang tidak terlibat dalam perbincangan dan rundingan dua parti tersebut.
Tambah Tuan Ibrahim lagi, yang lebih arif dalam kerjasama yang mahu dipupuk PAS dan PPBM ini adalah Muhyiddin dan timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Sehingga beliau juga menyarankan parti itu menyelesaikan hal dalaman ini dalam soal siapa yang lebih layak memberikan kenyataan dan keputusan parti.
Sementara itu diajukan sikap tidak yakin PAS terhadap pertemuan bersama yang akan diadakan 2 Februari depan, Kamaruddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut sehingga satu kata sepakat dicapai selepas itu.
"Kita hendak kalahkan BN, lawan BN, bukan nak lawan PAS. Maka kita hendak elakkan pertembungan sesama parti pembangkang," kata Kamaruddin lagi.
Tuan Ibrahim mendakwa rundingan PAS-PPBM pada Khamis depan hampir pasti 'tidak akan menepati' kehendak segelintir pihak yang mahukan dua parti itu mengadakan kerjasama politik menuju pilihan raya.
Bagaimanapun PAS akan menggunakan ruang pertemuan itu sebaik-baiknya dalam mencari situasi 'menang-menang', meskipun sedar wujudnya percanggahan dalam dasar perjuangan di antara dua parti berkenaan.
Semalam Dr Mahathir menasihati PAS supaya mengorbankan matlamat dan pendirian mereka jika mahu bersama Pakatan Harapan (PH) dan PPBM, dalam usaha menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
PPBM 'nasihat' PAS tak perlu masuk campur urusan parti
Sekianlah artikel PPBM 'nasihat' PAS tak perlu masuk campur urusan parti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PPBM 'nasihat' PAS tak perlu masuk campur urusan parti linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/ppbm-nasihat-pas-tak-perlu-masuk-campur.html
0 Response to "PPBM 'nasihat' PAS tak perlu masuk campur urusan parti"
Posting Komentar