"Pondok An-Nur Terbakar", 110 Pelajar Tinggal Sehelai Sepinggang !

"Pondok An-Nur Terbakar", 110 Pelajar Tinggal Sehelai Sepinggang ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Pondok An-Nur Terbakar", 110 Pelajar Tinggal Sehelai Sepinggang !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Pondok An-Nur Terbakar", 110 Pelajar Tinggal Sehelai Sepinggang !
link : "Pondok An-Nur Terbakar", 110 Pelajar Tinggal Sehelai Sepinggang !

Baca juga


"Pondok An-Nur Terbakar", 110 Pelajar Tinggal Sehelai Sepinggang !


KUANTAN: Seramai 110 orang pelajar Pusat Pendidikan Islam An-Nur (Pondok An-Nur) di Penor dekat sini  tinggal sehelai sepinggang apabila asrama lelaki pondok terbabit hangus dijilat api dalam satu kebakaran malam tadi. 

Kejadian mula disedari sekitar jam 8.10 malam itu telah menyebabkan  Dipercayai, ketika kejadian pelajar-pelajar berkenaan sedang berada di surau. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menyelamatkan apa-apa pun. 



Sepasukan anggota bomba dan penyelamat dengan kekuatan empat jentera dari Jalan Bukit Ubi dan Indera Mahkota tiba dilokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran selepas dimaklumkan. Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya beberapa jam kemudian, namun bahagian atas asrama terbabit rosak teruk akibat dijilat api. 


Pusat Pendidikan Islam An-Nuur lebih dikenali dengan nama Pondok An-Nur berdiri megah di atas tanah seluas 4.5 ekar di Kampung Penor sejak tahun 1994.. Pondok ini diasaskan oleh Ustaz Mokhtar Senik yang juga merupakan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang. Pengambilan pelajar serta pengajian sulung pada di pondok ini bermula pada tahun 1996.



Aliran pengajian yang disediakan di Pusat Pendidikan Islam An-Nuur ialah pengajian pondok tradisional sehingga 4 Senawi atau 6 Tahun. Juga menyediakan Aliran Tahfiz (30 juzuk), Aliran Akademik (PMR dan SPM), Aliran Prasekolah (An-Nuur Islamic PreSchool – ANIS) dan Kolej Islam An-Nuur (KIAN) yang dalam pembangunan.



Sementara itu, anakanda kepada Pemangku Raja Pahang, YM Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah telah hadir ke lokasi sekitar jam 10.30 malam.  


Sebaik sahaja tiba baginda telah dipersembahkan taklimat ringkas oleh mudir sekolah, kemudiannya dibawa menyaksikan bangunan asrama yang hangus terbakar itu.



Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengagihkan kain pelikat, alas tidor, bantal, selimut dan tuala kepada pelajar-pelajar berkenaan.  Turut hadir ke lokasi malam tadi ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Dato’ Shafik Fauzan Sharif, Pegawai Daerah Kuantan, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Ketua Polis Kuantan.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan bagi mengurangkan bebanan mangsa terbabit boleh salurkannya ke akaun Bank Islam (0601 9010 0218 680) dan Maybank (5560 1101 8085) atas nama Pondok An-Nur. Info lanjut dan sebarang pertanyaan boleh hubungi  Ustaz Mokhtar Senik (0199532456), Mohd Zaki Mohd Zulkafali (0132743889) atau bendahari, Cikgu Ramdi (0199663629). Sumbangan orang ramai boleh meringankan bebanan mangsa dan pihak sekolah untuk membaik pulih semula kerosakan yang berlaku. #pdonews






"Pondok An-Nur Terbakar", 110 Pelajar Tinggal Sehelai Sepinggang !

Sekianlah artikel "Pondok An-Nur Terbakar", 110 Pelajar Tinggal Sehelai Sepinggang ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca "Pondok An-Nur Terbakar", 110 Pelajar Tinggal Sehelai Sepinggang ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/pondok-nur-terbakar-110-pelajar-tinggal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to ""Pondok An-Nur Terbakar", 110 Pelajar Tinggal Sehelai Sepinggang !"

Posting Komentar