Judul : Pelukis Karikatur Hina Pemimpin, Fahmi Reza Di Larang Pergi Keluar Negara
link : Pelukis Karikatur Hina Pemimpin, Fahmi Reza Di Larang Pergi Keluar Negara
Pelukis Karikatur Hina Pemimpin, Fahmi Reza Di Larang Pergi Keluar Negara
PETALING JAYA: Aktivis Fahmi Reza, yang popular kerana melukis karikatur pemimpin politik, tidak boleh keluar negara selepas namanya disenarai hitam imigresen.
Fahmi, dalam satu kenyataan di Facebook berkata penyenaraian itu diketahui selepas dia membuat pemeriksaan dengan imigresen kerana mahu ke Taiwan minggu depan.
Menurutnya, imigresen memaklumkan dia tidak boleh keluar negara sejak 31 Mac tahun lalu.
“Aku fikir ini mesti sebab lukisan muka badut lah, tak ada kes lain. Aku ‘post’ gambar tu pada 31 Januari 2016, aku kena siasat dan kena bagi keterangan pada polis pada 28 Februari 2016. Memang tak ada kes lain lah,” katanya.
Menurut Fahmi, dia kemudian menghubungi pegawai penyiasat kes itu di Bukit Aman dan dimaklumkan dirinya disenarai hitam.
“Dia beritahu ada seorang inspektor daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah buka satu kertas siasatan terhadap aku pada 11 Mac 2016 atas kesalahan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi sebab sebuah posting Twitter yang mengaibkan perdana menteri.
“Masa inspektor itu hantar kertas siasatan dia, dia terus hantar nama aku dalam senarai dikehendaki polis. Sebab itulah nama aku masuk dalam senarai senarai hitam imigresen,” katanya.
Fahmi mempersoalkan kewajaran tindakan polis itu.
“Setiap kali polis panggil aku untuk bagi keterangan, aku bagi kerjasama. Aku dah kena naik mahkamah banyak kali tahun lepas sebab kena dakwa untuk lukisan muka badut tu. Kedua-dua kes aku akan dibicarakan tahun ni.
“Aku dah kena tangkap polis 2 kali tahun lepas sebab lukisan muka badut tu juga. Apa sebab mereka nak sekat aku dari ke luar negara?” soalnya.
Fahmi akan berjumpa dengan polis untuk meminta namanya digugurkan daripada senarai dikehendaki agar boleh keluar negara. #sumber
Pelukis Karikatur Hina Pemimpin, Fahmi Reza Di Larang Pergi Keluar Negara
Sekianlah artikel Pelukis Karikatur Hina Pemimpin, Fahmi Reza Di Larang Pergi Keluar Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Pelukis Karikatur Hina Pemimpin, Fahmi Reza Di Larang Pergi Keluar Negara linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/pelukis-karikatur-hina-pemimpin-fahmi.html
0 Response to "Pelukis Karikatur Hina Pemimpin, Fahmi Reza Di Larang Pergi Keluar Negara"
Posting Komentar