Pelancong Di Ingatkan Tidak Bawa "Budaya Tidak Sihat" Ke Bentong !

Pelancong Di Ingatkan Tidak Bawa "Budaya Tidak Sihat" Ke Bentong ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelancong Di Ingatkan Tidak Bawa "Budaya Tidak Sihat" Ke Bentong !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelancong Di Ingatkan Tidak Bawa "Budaya Tidak Sihat" Ke Bentong !
link : Pelancong Di Ingatkan Tidak Bawa "Budaya Tidak Sihat" Ke Bentong !

Baca juga


Pelancong Di Ingatkan Tidak Bawa "Budaya Tidak Sihat" Ke Bentong !


BENTONG:  Pelancong diingatkan supaya tidak membawa budaya tidak sihat ke Bentong.

Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penduduk tempatan mengalu-alukan kehadiran pelancong, namun mereka tidak akan bertoleransi dengan kelakukan tidak wajar.

"Kita mahu tindakan segera daripada pihak polis. Ini budaya yang tidak sihat yang dibawa ke Bentong. Kelakuan begini tidak boleh dibiarkan kerana negara kita adalah negara yang berbilang kaum dan agama.

"Kita tidak boleh terbawa-bawa dengan budaya Barat yang tidak sihat," katanya yang juga Menteri Pengangkutan kepada pemberita.

Beliau menyampaikan sumbangan RM500,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Khai Mun Pagi di sini hari ini.

Tiong Lai diminta mengulas mengenai kelakuan 39 peserta motivasi di sebuah resot di sini yang dilapor berbogel di kawasan padang permainan semasa menyertai satu jenis permainan 'All Out' pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohamad Nor semalam mengesahkan kesemua mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kertas siasatan dijangka diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya minggu ini.     

Selain bertentangan dengan norma agama dan moral, Tiong Lai juga berkata, insiden tidak wajar itu dikhuatiri boleh menjejaskan nama Bentong sebagai destinasi sesuai untuk percutian keluarga.

"Kita bukan sahaja mahu memelihara alam sekitar, tetapi juga budayanya," katanya. #sumber


Pelancong Di Ingatkan Tidak Bawa "Budaya Tidak Sihat" Ke Bentong !

Sekianlah artikel Pelancong Di Ingatkan Tidak Bawa "Budaya Tidak Sihat" Ke Bentong ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pelancong Di Ingatkan Tidak Bawa "Budaya Tidak Sihat" Ke Bentong ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/pelancong-di-ingatkan-tidak-bawa-budaya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pelancong Di Ingatkan Tidak Bawa "Budaya Tidak Sihat" Ke Bentong !"

Posting Komentar