Pelajar IPTS "Cedera", Di Tumbuk Lelaki Gila Seks Depan Rumahnya

Pelajar IPTS "Cedera", Di Tumbuk Lelaki Gila Seks Depan Rumahnya - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelajar IPTS "Cedera", Di Tumbuk Lelaki Gila Seks Depan Rumahnya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelajar IPTS "Cedera", Di Tumbuk Lelaki Gila Seks Depan Rumahnya
link : Pelajar IPTS "Cedera", Di Tumbuk Lelaki Gila Seks Depan Rumahnya

Baca juga


Pelajar IPTS "Cedera", Di Tumbuk Lelaki Gila Seks Depan Rumahnya



JOHOR BAHRU: Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang sedang menjalani latihan industri di Pasir Gudang, Johor Bahru, menerima 14 jahitan di pipi kiri selepas ditumbuk bertubi-tubi oleh seorang lelaki tidak dikenali di hadapan rumahnya di Tanjung Puteri Indah, dekat sini jam 1 pagi kelmarin.

Pelajar terbabit, Rochell Waynee Ubong, 20, juga menanggung malu apabila penjenayah terbabit bertindak membuka seluar sebelum menunjukkan kemaluannya.

Rochell berkata, dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas keluar bersama rakan yang tinggal di Kampung Pasir Putih.

"Sebaik tiba di hadapan rumah, seorang lelaki lingkungan 30 tahun muncul. Apa yang memeranjatkan saya adalah dia membuka seluar dan cuba menunjukkan kemaluannya di hadapan saya.

"Saya yang terkejut cuba berlari masuk ke rumah, namun dia menarik beg tangan saya sebelum bertindak memukul di muka sebanyak tiga kali," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, dia menjerit sekuat hati menyebabkan bapa dan ibunya keluar membantu.

"Ketika itu, lelaki terbabit sudah melarikan diri," katanya.

Rochell berkata, dia kemudian mendapatkan rawatan di klinik berdekatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Masai.

"Saya masih trauma kerana kejadian ini berlaku dalam tempoh sangat pantas. Saya berharap orang ramai khususnya wanita lebih berhati-hati jika berjalan seorang diri," katanya. #sumber


Pelajar IPTS "Cedera", Di Tumbuk Lelaki Gila Seks Depan Rumahnya

Sekianlah artikel Pelajar IPTS "Cedera", Di Tumbuk Lelaki Gila Seks Depan Rumahnya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pelajar IPTS "Cedera", Di Tumbuk Lelaki Gila Seks Depan Rumahnya linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/pelajar-ipts-cedera-di-tumbuk-lelaki.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pelajar IPTS "Cedera", Di Tumbuk Lelaki Gila Seks Depan Rumahnya"

Posting Komentar