Judul : PAS Tak Perlukan Tun Dr Mahathir Dan Dasar Merosakkan Negara Ini
link : PAS Tak Perlukan Tun Dr Mahathir Dan Dasar Merosakkan Negara Ini
PAS Tak Perlukan Tun Dr Mahathir Dan Dasar Merosakkan Negara Ini
PETALING JAYA: PAS tidak memerlukan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dasar pemerintahan bekas Perdana Menteri itu yang diwarisi UMNO kini adalah punca negara rosak.
“Dr Mahathir hanya nak menyelamatkan UMNO daripada (Datuk Seri) Najib (Razak), tetapi PAS nak menyelamatkan negara daripada sistem diwarisi Umno yang merosakkan negara,” kata Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali hari ini.
Ketua penerangan Dewan Ulama PAS Pusat itu mengulas kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dr Mahathir semalam yang masa untuk parti Islam itu memutuskan sama ada mahu menyertai pakatan pilihan raya bersama parti pembangkang lain bagi memastikan pertandingan satu-lawan-satu dengan Barisan Nasional (BN), sudah tamat.
Mengenai kenyataan Lim Kit Siang yang beliau boleh bekerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi, Khairuddin berkata, penasihat DAP itu tidak perlu bermadah untuk menyelamatkan Malaysia.
“Pengkhianatan DAP terhadap PAS ketika dalam Pakatan Rakyat sudah cukup sebagai isyarat DAP bukan rakan politik baik bagi menggantikan BN dan menyelamatkan Malaysia.
“Agenda anti-Islam DAP juga tidak mungkin dapat diterima PAS. Ia merosakkan kerangka bernegara Malaysia.”
Ahli Parlimen Kuala Nerus itu sebaliknya menasihatkan DAP mengajak parti lain yang boleh berkompromi dengan dasar sosialis dan pragmatiknya, khasnya Amanah yang setia kepada DAP.
“Tetapi, PAS akan terus bergerak dengan agenda Islam bagi menyelamatkan negara ini daripada kegagalan BN,” katanya. #sumber
PAS Tak Perlukan Tun Dr Mahathir Dan Dasar Merosakkan Negara Ini
Sekianlah artikel PAS Tak Perlukan Tun Dr Mahathir Dan Dasar Merosakkan Negara Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PAS Tak Perlukan Tun Dr Mahathir Dan Dasar Merosakkan Negara Ini linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/pas-tak-perlukan-tun-dr-mahathir-dan.html
0 Response to "PAS Tak Perlukan Tun Dr Mahathir Dan Dasar Merosakkan Negara Ini"
Posting Komentar