Najib: Bank Negara Perlu Jelaskan Isu Tentang Kerugian RM44 Bilion

Najib: Bank Negara Perlu Jelaskan Isu Tentang Kerugian RM44 Bilion - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib: Bank Negara Perlu Jelaskan Isu Tentang Kerugian RM44 Bilion, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib: Bank Negara Perlu Jelaskan Isu Tentang Kerugian RM44 Bilion
link : Najib: Bank Negara Perlu Jelaskan Isu Tentang Kerugian RM44 Bilion

Baca juga


Najib: Bank Negara Perlu Jelaskan Isu Tentang Kerugian RM44 Bilion


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mendapatkan penjelasan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai kerugian sebanyak AS$10 bilion (RM44 bilion) yang ditanggung bank pusat itu melalui kegiatan perdagangan mata wang antara 1991 hingga 1993.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memandang serius pengakuan bekas Penolong Gabenor BNM ketika itu, Datuk Abdul Murad Khalid mengenai perkara itu.

"Ia satu pengakuan yang kita mesti pandang serius. Bagaimanapun saya dan anggota kerajaan perlu mendapat pandangan dan ulasan Bank Negara dan pihak-pihak lain terlebih dahulu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn pada Jumaat.

Namun Najib berkata, keputusan mengenai perkara itu hanya akan diputuskan oleh jemaah menteri.

Pada Khamis, Abdul Murad mendakwa Laporan Tahunan BNM pada 1994 hanya mencatatkan kerugian sebanyak RM9 bilion sahaja akibat kegiatan itu, sedangkan angka sebenar jauh lebih besar.

Menurut beliau, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pernah meminta BNM memberi penjelasan mengenai kerugian yang dikatakan terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah perbankan antarabangsa itu.

Isu kerugian yang dialami BNM akibat kegiatan itu menggemparkan negara pada 1994 tetapi tiada tindakan lanjut diambil terhadap pihak yang terlibat.

Bagaimanapun, pada 3 April 1994, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kerugian sebanyak RM5.7 bilion yang dialami  BNM dalam transaksi perdaga­ngan wang asing pada 1993 tidak menjejaskan kedudukan kewa­ngan negara.

Abdul Murad menambah, transaksi berbentuk spekulasi melibatkan pelbagai mata wang asing termasuk pound sterling, dolar Amerika Syarikat (AS), mark Jerman dan yen itu direkodkan oleh seorang kakitangan berpangkat rendah BNM.

Beliau memberitahu, sebarang kerugian dalam transaksi berkenaan sepatutnya dilapor­kan kepada Bahagian Akaun BNM namun perkara itu didakwa tidak berlaku. #sumber


Najib: Bank Negara Perlu Jelaskan Isu Tentang Kerugian RM44 Bilion

Sekianlah artikel Najib: Bank Negara Perlu Jelaskan Isu Tentang Kerugian RM44 Bilion kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Najib: Bank Negara Perlu Jelaskan Isu Tentang Kerugian RM44 Bilion linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/najib-bank-negara-perlu-jelaskan-isu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Najib: Bank Negara Perlu Jelaskan Isu Tentang Kerugian RM44 Bilion"

Posting Komentar