Judul : Mazlan Aliman: Ramai Lagi Warga Felda Hebat, Kenapa Tak Di Pilih ?
link : Mazlan Aliman: Ramai Lagi Warga Felda Hebat, Kenapa Tak Di Pilih ?
Mazlan Aliman: Ramai Lagi Warga Felda Hebat, Kenapa Tak Di Pilih ?
PETALING JAYA: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) berkata individu dalam kalangan warga Felda sendirilah yang sebenarnya lebih layak menjadi Pengerusi Felda.
Presiden Anak Mazlan Aliman berkata jika mahu mengambil orang politik sebagai pengerusi baharu sekalipun, ramai individu atau tokoh politik dalam kalangan warga Felda.
“Kenapa mereka tak pilih di kalangan warga Felda, anak peneroka yang berjaya, bahkan anak peneroka yang jadi ahli politik pun ramai.
“Kenapa mereka tak pilih? Pelantikan itu kena ada roh kehidupan. Jadi kalau diambil di kalangan anak peneroka yang memahami suara rakyat khususnya warga Felda, saya fikir itu lebih mudah,” katanya ketika dihubungi FMT.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelantikan Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebagai pengerusi baharu Felda.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan semalam mengumumkan pelantikan Shahrir bagi menggantikan Tan Sri Isa Samad yang tamat tempoh perkhidmatannya.
Bagaimanapun Isa kekal sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).
Najib berkata, di bawah penstrukturan semula itu, terdapat pembahagian tanggungjawab menjaga kebajikan dan status sosioekonomi peneroka serta perniagaan Felda.
Mazlan turut mempertikaikan pemilihan Shahrir yang disifatkannya sebagai orang luar dari Felda.
“Dari sudut menjaga kepentingan orang Melayu di Johor Bahru pun dia dipertikaikan. Apatah lagi kalau dia nak jadi pengerusi Felda, dalam konteks kehidupan masyarakat luar bandar yang banyak isunya.
“Saya sifatkan apa ditinggalkan Isa banyak sangat ibarat sampah sarap yang ditinggalkan itu banyak.
“Macam mana Shahrir nak bersihkan sampah sarap sedia ada? Saya mempertikaikannya walaupun dari sudut integriti mungkin Shahrir lebih baik daripada Isa,” katanya.
Bagaimanapun, katanya dalam konteks kehidupan masyarakat Felda, beliau tetap menekankan yang sudah sampai masanya pengerusi dilantik dalam kalangan warga Felda. #sumber
Mazlan Aliman: Ramai Lagi Warga Felda Hebat, Kenapa Tak Di Pilih ?
Sekianlah artikel Mazlan Aliman: Ramai Lagi Warga Felda Hebat, Kenapa Tak Di Pilih ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Mazlan Aliman: Ramai Lagi Warga Felda Hebat, Kenapa Tak Di Pilih ? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/mazlan-aliman-ramai-lagi-warga-felda.html
0 Response to "Mazlan Aliman: Ramai Lagi Warga Felda Hebat, Kenapa Tak Di Pilih ?"
Posting Komentar