Lapan Individu Yang Panjat Papan Tanda, "Bebas" Dengan Jaminan Polis

Lapan Individu Yang Panjat Papan Tanda, "Bebas" Dengan Jaminan Polis - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lapan Individu Yang Panjat Papan Tanda, "Bebas" Dengan Jaminan Polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lapan Individu Yang Panjat Papan Tanda, "Bebas" Dengan Jaminan Polis
link : Lapan Individu Yang Panjat Papan Tanda, "Bebas" Dengan Jaminan Polis

Baca juga


Lapan Individu Yang Panjat Papan Tanda, "Bebas" Dengan Jaminan Polis


IPOH: Lapan remaja yang memanjat huruf-huruf besar yang membentuk perkataan 'IPOH' di Jalan Kuala Kangsar, di sini dibebaskan pada Isnin dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata mereka yang terbabit iaitu lima lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 20 hingga 24 tahun telah memberi keterangan di Balai Polis Kampung Tawas pada pukul 10 pagi tadi.

"Kesemua mereka telah ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas percakapan mereka dirakam.

"Polis akan melengkapkan kertas siasatan dalam masa terdekat untuk dirujuk kepada pihak atasan," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam Isnin.

Menurut Sum, kes itu disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan membahayakan nyawa atau keselamatan diri dan orang lain.

Katanya jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara maksimum tiga bulan atau denda RM500 atau kedua-duanya sekali.

Semalam, polis meminta kesemua individu terbabit tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan kes tersebut.

Rakaman perbuatan mereka itu menjadi viral sejak empat hari lalu yang menunjukkan ada antara mereka berbaring di dalam buaian yang dipasang pada kerangka yang menampung huruf-huruf besar pada ketinggian melebihi 20 meter.


Majlis Bandaraya Ipoh membuat laporan polis berkaitan perbuatan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada pukul 12.45 malam Ahad lepas. #sumber


Lapan Individu Yang Panjat Papan Tanda, "Bebas" Dengan Jaminan Polis

Sekianlah artikel Lapan Individu Yang Panjat Papan Tanda, "Bebas" Dengan Jaminan Polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Lapan Individu Yang Panjat Papan Tanda, "Bebas" Dengan Jaminan Polis linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/lapan-individu-yang-panjat-papan-tanda.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lapan Individu Yang Panjat Papan Tanda, "Bebas" Dengan Jaminan Polis"

Posting Komentar