Kit Siang bacul jika tak saman Hadi, kata PAS

Kit Siang bacul jika tak saman Hadi, kata PAS - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kit Siang bacul jika tak saman Hadi, kata PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kit Siang bacul jika tak saman Hadi, kata PAS
link : Kit Siang bacul jika tak saman Hadi, kata PAS

Baca juga


Kit Siang bacul jika tak saman Hadi, kata PAS

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Penasihat DAP Lim Kit Siang perlu membuktikan bahawa beliau bukan seorang ahli politik yang bacul untuk meneruskan saman terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menuduhnya sebagai anti-Islam.
 
Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali, parti sedia berdepan dengan saman itu dan yang menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sikap sebenar Ahli Parlimen Gelang Patah berkenaan.
 
“PAS alu-alukan Kit Siang untuk saman, dia bacul kalau tidak saman. Kemukakan saman kepada PAS sebelum pilihan raya umum akan datang.
 
“Rakyat akan menilai sikap sebenar Kit Siang yang memang anti kepada Islam. PAS tidak takut untuk berdepan dengan Kit Siang di mahkamah,” katanya dipetik sebuah akhbar.
 
Sebelum ini, Penasihat DAP itu menghulurkan salam perdamaian kepada Abdul Hadi atas alasan untuk menyelamatkan Malaysia.
 
Walau bagaimanapun, salam perdamaian itu ditolak oleh Abdul Hadi kerana menurutnya, DAP tidak menyokong usaha PAS yang mahu mengukuhkan bidang kuasa Mahkamah Syariah melalui pembentangan rang undang-undang berkaitan di Parlimen.
 
Menurut Mohd. Khairuddin, Kit Siang perlu membuktikan bahawa beliau tidak anti-Islam dengan menyokong usaha PAS mengukuhkan syariat Islam melalui soko­ngan kepada Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.
 
Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin dalam satu kenyataan menegaskan, syarat utama sebuah kerajaan Islam ialah perdana menteri, ketua menteri atau menteri besar mesti beragama Islam.
 
Mohd. Khairuddin memberitahu, ini kerana pelaksanaan Islam di sebuah negara atau negeri tidak boleh bersifat tempelan.
 
Tambahan pula jelasnya, kekuasaan Islam tidak akan tertegak menerusi seorang ketua menteri bukan Islam kerana ketiadaan akidah Islam tidak akan menjamin pelaksanaan syariat Islam.
 
“Tidak boleh ketua negara, perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri seorang bukan Islam. Itu syarat utama sebuah kerajaan Islam.
 
“Jangan terpedaya dengan momokan untuk berlaku adil seperti Khalifah Umar Abdul Aziz jika akidahnya tidak seperti Umar Abdul Aziz sementelah pula akhlaknya kerana keadilan itu tidak akan berlaku dan terlaksana tanpa akidah dan akhlak Islam,” katanya



Kit Siang bacul jika tak saman Hadi, kata PAS

Sekianlah artikel Kit Siang bacul jika tak saman Hadi, kata PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Kit Siang bacul jika tak saman Hadi, kata PAS linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/kit-siang-bacul-jika-tak-saman-hadi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kit Siang bacul jika tak saman Hadi, kata PAS"

Posting Komentar