Jenazah Adenan dikebumikan esok selepas Zuhur

Jenazah Adenan dikebumikan esok selepas Zuhur - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jenazah Adenan dikebumikan esok selepas Zuhur, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jenazah Adenan dikebumikan esok selepas Zuhur
link : Jenazah Adenan dikebumikan esok selepas Zuhur

Baca juga


Jenazah Adenan dikebumikan esok selepas Zuhur

MALAYSIAKINI




Kerajaan Sarawak hari ini mengumumkan majlis pengebumian negeri dan tempoh berkabung tujuh hari bermula esok sebagai menghormati kematian Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

Jenazah Allahyarham Tan Sri Adenan Satem akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang, di Kuching esok, kata

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg berkata, jenazah Allahyarham akan dibawa dari kediaman peribadinya di Santubong ke Masjid Jamek Sarawak, Petra Jaya pada pukul 10 pagi di mana upacara penghormatan terakhir akan bermula 10.30 pagi hingga 1 tengah hari.

"Orang ramai yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir dinasihatkan berpakaian gelap," katanya pada sidang media di Kuching hari ini.

Sidang media itu turut dihadiri seorang lagi Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Morshidi Abdul Ghani.

Abang Johari berkata esok juga diumumkan sebagai hari kelepasan am bagi negeri Sarawak dan tempoh berkabung selama tujuh hari dengan bendera negeri dikibarkan separuh tiang.

Beliau turut menyifatkan kematian Adenan sebagai kehilangan besar kepada negeri dan negara, lebih-lebih lagi Allahyarham sarat dengan pengalaman.

Ketua Menteri Sarawak kelima itu menghembus nafas terakhir pada jam 1.20 petang di Institut Jantung Negara (IJN), Hospital Umum Sarawak di Kota Samarahan dekat Kuching.

Adenan yang bakal menyambut hari kelahirannya yang ke-73 pada 27 Januari ini meninggalkan isteri, Puan Sri Jamilah Anu dan lima anak.




Jenazah Adenan dikebumikan esok selepas Zuhur

Sekianlah artikel Jenazah Adenan dikebumikan esok selepas Zuhur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Jenazah Adenan dikebumikan esok selepas Zuhur linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/jenazah-adenan-dikebumikan-esok-selepas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jenazah Adenan dikebumikan esok selepas Zuhur"

Posting Komentar